Wednesday, March 12, 2014

Pesanan dari mimbar: 7 Mac 2014

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berkongsi berkenaan pesanan dari mimbar jumaat, dan kali ini, khutbah juga di Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai. Perkongsian mimbar jumaat pula berkenaan ikhlas. satu perkataan yang biasanya diucapkan bila kita memberi sesuatu kepada seseorang, contohnya, "ambillah duit ni, saya IKHLAS ni". haha~ pernah dengar bukan? terutama dalam drama2 melayu tidak lama dulu. owh, untuk pesanan dari mimbar ini, saya tidak meletakkan ilmu2 tinggi mendalam bagai seperti ustaz2 hebat. itu anda boleh baca di blog atau video ceramah mereka. dalam pesanan dari mimbar, saya cuma akan kupas dari perspektif khutbah jumaat yang disampaikan sahaja.


Ikhlas itu, mampu menjadikan hidup kita lebih indah. Ini kerana orang yang ikhlas tidak mengharapkan habuan atas apa yang dia kerjakan.

Setiap amalan yang kita lakukan, bergantung kepada niat kita. sepertimana hadith pertama dalam kitab hadith 40:

  Dari pemimpin orang mukmin, Abu Hafsin, ‘Umar bin al-Khatab (r.a) telah berkata: Aku telah dengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : “Sesungguhnya setiap amal-amal perbuatan/pekerjaan tertakluk/tergantung dengan niat-niat dan bagi setiap seseorang berdasarkan kepada apa yang telah diniatkan, maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya dan sesiapa yang berhijrah kerana untuk mendapat keuntungan dunia atau disebabkan wanita untuk dikahwini maka hijrahnya kepada apa yang telah dihijrahnya. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
untuk menjadikan diri kita ikhlas, kita perlu muhasabah diri kita. Dan untuk muhasabah diri kita, terdapat tiga cara;
1. Menguji keikhlasan kita. adakah kita akan tetap laksanakan amalan kita, sekiranya kita tidak mendapat apa2 ganjaran. ini kerana setiap amalan yang kita lakukan adalah ibadah.
2. Merasa insaf. Adakah kita merasa risau, jika amalan2 yang kita lakukan, samada ibadah khusus mahupun perbuatan harian kita, akan diterima oleh Allah s.w.t.
3. Melatih diri untuk ikhlas walaupun payah. maaf, dan redha dengan amalan kita. Perbaiki niat sebelum melakukan sesuatu perbuatan.

Ikhlas melibatkan hati, menuju keikhlasan. Dosa dan pahala juga berkait dengan ikhlas. Kerana amalan kita, yang ikhlas mentaatinya kerana agama.

Untuk melatih keikhlasan, kosongkan fikiran ketika melaksanakan ibadah, kerana ianya kerana Allah s.w.t semata. lupakan seketika urusan dunia. Berdoalah juga agar kita dapat beribadah dengan ikhlas.

jadi, sedikit perkongsian dari mimbar jumaat. agak kelam kabut sikit ayatnya. (malas nak buat ayat lain).

wallahu'alam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...