Wednesday, March 19, 2014

Pesanan dari Mimbar: 14 Mac 2014

Assalamu'alaykum,

ok, kali ini, solat jumaat di Masjid As-Solihin, Senai. Alhamdulillah, dapat datang awal sikit, syukur kepada kerajaan Johor yang beri cuti pada hari jumaat. anyway, terus kepada perkongsian kita untuk kali ini.



Kali ini, Khatib berkongsi berkenaan wakaf. Sebenarnya, bila dengar je perkataan wakaf sebagai tajuk khutbah, saya tahu dah, ianya akan berkenaan wakaf johor. ok, takpela.

Wakaf merupakan salah satu ibadah dalam Islam. Kita akan mendapat kurnia dari ibadah wakaf yang kita lakukan. Allah menyuruh kita melakukan kebaikan, dan salah satunya adalah ibadah wakaf ini. Allah menjanjikan pahala berlipat kali ganda oleh amalan2 yang kita lakukan.

Setiap harta yang kita miliki bukan hak kita sepenuhnya. Akan tetapi, ada hak kepada ALlah yang memberi kurniaNya. Wakaf merupakan satu ibadah yang digalakkan oleh Islam, Secara umumnya, wakaf ialah memberi harta kita miliki kepada Allah.

Amalan wakaf berbentuk sedekah jariah. Para sahabat melaksanakan wakaf, sebagai tanda zuhud kepada dunia. Ianya harus menjadi contoh kepada masyarakat Islam. Umar r.a telah memberi tanah untuk dimanfaatkan oleh umat Islam. Uthman r.a pula telah membeli perigi untuk digunakan oleh umat Islam. Ramai lagi sahabat yang sama2 mewakafkan harta mereka.

Ibadah wakaf memainkan peranan penting. Pendidikan, perubatan, ekonomi dan sebagainya adalah contoh wakaf. Ia memberi peluang untuk kita infaqkan harta kita. dalam surah Al-Baqarah, ayat 254:

Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafa`at. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

Wakaf negeri johor diuruskan oleh MAIJ. (kan dah kata)

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...