Tuesday, February 04, 2014

Tips Hari ini: Cara untuk menjimatkan minyak kereta

Assalamu'alaykum,

hari ini cuma nak kongsi satu artikel daripada lifehacker.com berkenaan penjimatan minyak berdasarkan penjagaan kereta. tajuk asalnya adalah "Get Better Gas Mileage and Fuel Economy with These DIY Car Care Tips"


Get Better Gas Mileage and Fuel Economy with These DIY Car Care Tips


Menjimatkan sehingga USD900 dengan memastikan tayar dengan tekanan yang betul
Satu kajian menunjukkan 60 peratus kenderaan di atas jalanraya mempunyai kadar tekanan tayar yang kurang daripada 30 peratus. sekurang-kurangnya 9psi di bawah tekanan yang disyorkan oleh pengeluar. Ini menyebabkan kita kerugian minyak sehingga 7 peratus. Tambahan juga, tekanan tayar yang rendah menyebabkan kehausan tayar lebih cepat, yang akan menelan belanja sehingga USD300 dalam jangka hayar tayar. Sebaiknya, periksa tekanan angin tayar dengan tolok (gauge) tekanan digital dan mengisi tekanan udara tayar yang disyorkan oleh pengeluar yang boleh dilihat pada pintu tempat duduk pemandu.

Tukar Spark Plugs sebelum ianya tamat tempoh
Sekiranya spark plug 100,000km anda sudah mencapai 80,000km, ianya telah 80 peratus haus. Cetusan api dan pembakaran tidak lengkap berlaku lebih kerap di akhir 20,000km terakhir ini, yang mana ia akan membazirkan minyak sehingga USD562. Anda memang perlu menukar spark plug, jadi lakukannya sedikit awal, yang akan menjimatkan lagi wang anda. Walaupun anda mungkin akan menukar spark plug anda lebih banyak daripada kebiasaan, anda masih jimat jauh ke hadapan. Jangan anda sangka spark plug akan bertahan 100,000km. Kebanyakan kereta enjin empat silinder memerlukan spark plug baru dalam sela jarak 30,000 - 60,000km.

Jimat USD350 dengan menukar Penapis Udara (Air Filter) lebih awal dan kerap
Enjin kereta anda menyedut 14 juta udara melalui penapis udara setiap tahun. Kereta-kereta lama (pre-1999) pula menyedut lebih sehingga 10 peratus (USD350 setahun). Kereta yang lebih baru pula, komputer lebih bijak untuk mengenalpasti kekurangan kadar aliran udara, dan ia akan mengurangkan kembali minyak. Jadi enjin anda akan kekurangan kuasa dan pikap. Periksa penapis udara apabila anda menukar minyak enjin dan gantikannya sekurang2nya sekali setahun, sekiranya anda memandu dalam keadaan yang kotor dan berhabuk.

Jimat USD177 dengan memastikan tayar kereta anda sejajar/selaras (aligned)
Sekiranya tayar anda menyenget walaupun 0.017 inci, ianya bersamaan dengan menyeret tayar anda sejauh 102 batu untuk setiap 20,000 batu pemanduan anda. Ianya akan menghauskan tayar anda lebih cepat, dan menelan kos USD70 setahun.

Ini cara mudah mengenalpasti keselarasan tanpa perlu membawa kereta anda ke kedai tayar. Beli tolok kedalaman bunga (tread depth gauge), dan buat bacaan untuk kedalaman bunga tayar anda, untuk kedua-dua belah tayar depan, dan juga tayar belakang. Sekiranya terdapat kehausan bunga di salah satu tayar, maka kereta anda perlu dibuat pelarasan. Pelarasan sekitar berharga rm30 untuk keempat2 tayar, dan mampu menjimatkan USD177 setahun


Kaki Memimpin  = Dompet Terpimpin (Lead Foot = Lead Wallet) - takde istilah yang sesuai
pecutan mendadak ketika berhenti dan bergerak menyebabkan kos sehingga 20 peratus dalam perbatuan pemanduan anda. sekiranya anda hidup dalam trafik waktu puncak dan suka menekan pedal minyak hingga ke lantai, luangkan masa anda di lampu trafik dan fikirkan bagaimana anda mampu belanjakan USD750 setahun yang anda telah bazirkan

Ganti Spoiler yang Rosak atau hilang
spoiler yang rosak atau hilang bukan hanya untuk kelihatan "sporty" . sekiranya kereta anda mempunyai spoiler, memandu tanpanya atau dengan spoiler yang rosak akan mengurangkan perbatuan anda. ia membantu kereta anda memotong udara dengan mengurangkan geseran udara. ianya juga menambah aliran udara ke dalam kondenser dan radiator pendingin hawa, mengurangkan beban kepada sistem elektrikal kereta anda.

Kelajuan Membunuh (mengurangkan) Perbatuan Gas anda, dan Dompet anda
Kelajuan melebihi 55 batu per jam sangat mengurangkan perbatuan anda. malah, meningkatkan kelajuan sehingga 65 batu sejam (104km/j) akan meningkatkan pengguanaan gas sehingga 36 peratus. sekiranya anda selalu memandu di atas lebuhraya, tiba ke destinasi anda beberapa minit awal akan mengenakan tamabahn USD500 hingg USD600 setahun. pastikan ianya sekitar 55 batu sejam (sekitar 88 km/j) dan gunakan kawalan pemanduan (cruise control) anda.

Ganti Penderia Oksigen sebelum lampu amaran menyala
Penderia Oksigen memastikan kecekapan pembakaran dengan mengesan jumlah oksigen yang tinggal dalam Ekzos. tapi ianya akan kurang cekap dari semasa ke semasa dan ianya akan menyebabkan kos sehingga 15 peratus dalam perbatuan anda. sekiranya ia rosak, lampu pengesan akan menyala, ianya akan menyebabkan tambahan USD80 untuk membuat pengesanan. untuk kereta pre-1996, ganti penderia oksigen anda setiap 60,000 batu  (96,000 km). dan untuk kereta selepas tahun 1996, ganti penderia oksigen anda setiap 100,000batu (160,000km). ada kereta mempunyai sehingga 4 penderia oksigen, dan ia berharga sekitar USD60.


No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...