Wednesday, February 19, 2014

aku ingin merepek

Assalamu'alaykum,

lama tak menulis dalam blog, tapi sedang sibuk menulis tesis, jadi masih lagi menulis, walaupun sedikit. jadilah kan. anyway, blog merupakan satu medium yang semakin ditinggalkan, dan ramai merasakan tidak relevan, lebih2 lagi dengan lambakan laman sosial, hingga setiap hari, terpaksa buka beberapa "tab" untuk setiap satu laman sosial. atau hampir setiap saat melihat hp, untuk melihat notifikasi dari laman2 sosial ini.



ramai mengatakan, ianya adalah kerana di laman sosial, kita akan mendapat respon dari status yang kita post, dan ramai yang akan like, dan share. seolah2 itulah dunia sebenar, atau ada yang mengatakan ianya adalah seperti "menyuarat tingkap" versi online. haha...ada yang kutuk mengutuk, umpat mengumpat, mengeji. tapi tak dilupakan, ada yang puji-pujian syukur Alhamdulillah kepada Ilahi atas kesyukuranNYA kepada kita.

anyway, hari ni nak cuba merepek sikit dalam blog. nak cuba gerakkan sedikit otak dengan pemikiran secara kritis dan pantas, dan tidak seperti penulisan tesis, semua perkara perlu dirujuk terlebih dahulu sumbernya, kecuali memang kerja2 kita. itu pun merujuk kaedah yang perlu. so, oklah. cuma, rasa nak menulis untuk satu lagi blog, berkenaan kaedah analisis data yang sedang dibuat. tapi hold dulu. sebab penulisan seperti itu juga perlu rujukan yang sangat banyak. (baca: malas)

jadi, kembali kepada blog, salah satu medium yang bagus, kerana ia akan menjana otak untuk menulis dengan lebih baik, kerana dengan status di laman sosial, hanya status yang pendek mencukupi. tapi dalam blog, penulisan yang terlalu pendek atau terlalu panjang akan di"menyampah"kan oleh orang pula.

anyway, tak kisah nak merepek apa dalam blog ni. so, oklah. silalah baca hasil repekan aku ni....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...