Sunday, January 12, 2014

Amni yang menghilangkan diri sebentar

Assalamu'alaykum,

kerapkali terbaca dalam surat khabar atau internet, berkenaan anak2 yang hilang ketika ibubapa membeli belah. selama ini tanggapan negatif diberikan kepada ibubapa, namun, perspektif ini berubah selepas mempunyai 2 orang anak perempuan, yang boleh dikatakan agak aktif.



ketika anak pertama dan kedua membesar, dengan jarak umur sekitar setahun setengah, tidak pernah terjangka akan perangai mereka yang suka berlari2 dalam pusat membeli belah. ketika sang anak berumur lebih 5 tahun dan si adik berumur 4 tahun, ketika membeli belah mereka sering berlari2 menyorok, bermain di sekitar baju, kasut dan kawasan sekitar.

si adik terutamanya, sering berlari, hingga hilang dari pandangan mata. selalu sangat berkejar2 dengan mereka. mencari di mana, atau setidak2nya memastikan mereka berada di hujung ekor mata kita. dengan umur dan akal yang ALLAH berikan, mereka sering saja bermain sambil "mengenakan" ibubapa mereka. suka sangat menyorok dari ibubapa.

akhirnya, perkara yang sering ditakuti berlaku juga. ketika pergi ke aeon taman universiti satu ketika. si adik (mungkin sangat kepenatan, mengantuk) tiba2 hilang dari pandangan. habis seluruh kawasan aeon di pusing, turun ke tingkat bawah, dan bertanyakan kepada pak guard. hampir 15 minit insiden berlaku, akhirnya si adik ditemui oleh orang ramai jauh di sebelah lain aeon.

alhamdulillah, tiada perkara lebih buruk berlaku. ia menjadi pengajaran kepada ibubapa dan si anak sendiri. kerana ibubapa perlu "lebih lagi" waspada. dan si anak perlu belajar, mereka tidak boleh "hilangkan diri", "menyorok2" dari ibubapanya lagi. pengajaran baik buat diri sendiri. moga pengajaran ini menjadi titik tolak kepada si anak dan si ibu bapa. agar sekurang2nya anak berada di sebelah. dan tidak hanya di ekor mata. atau setidak2nya, salah seorang perlu melihat dengan jelas di mana mereka berada.

semoga ia juga menjadi pengajaran buat orang lain...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...