Wednesday, July 17, 2013

penyusutan orang ramai: solat tarawikh

Assalamu'alaykum,

lama tak update blog, sebab sibuk dengan pengajian...(alasan)

anyway.....

SALAM RAMADHAN, masih lagi di awal 10 Ramadhan, banyak lagi hari untuk penambah baikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat....



awal-awal Ramadhan, masjid, surau, musolla, atau apa saja tempat ibadah umat Islam akan dipenuhi semua Muslim, tak kira warganegara, umur, kesihatan, pangkat....dan ia laksana pesta ibadah yang ditunggu-tunggu. kereta, motor, basikal, lain2 kenderaan, memenuhi ruang-ruang parking (dan bukan parking) sekeliling Masjid...

dan situasi ini akan sedikit kendur, bila masuk 10 malam kedua ramadhan. ianya sedikit surut, mungkin kelelahan kerja, belajar telah melemahkan sikit hati-hati, dan iman untuk terus istiqomah ke Masjid. anyway, takde masalah pun untuk tidak bertarawikh bersama, namun untuk solat isya berjemaah, iya, itu lebih penting.

anyway, sebenarnya nak berkongsi, tentang "keramaian" dan "penyusutan" jemaah masjid/surau/musolla ini. Pada pandangan peribadi, yang tidak suka sesak sangat, ianya rahmat buat orang2 yang istiqomah, sebab apa ye? sebab bila kurang orang ke masjid, kurang juga gangguan, terutama anak2 yang tidak mesra masjid.

solat jemaah lebih tenang, kerana kurang bunyi budak2 menjerit sambil berlari2 dalam masjid. dan suasana lebih tenang menjelang 10 malam terakhir, kerana pecutan pesta ibadah akan lebih lagi. walaupun mungkin di masjid/surau/musolla jemaahnya kurang, insyaALLAH di rumah2 mungkin lebih baik (bersangka baik)

secara peribadi, lagi suka bila keadaan tenang macam ni. memang suka ramainya jemaah, tapi tanpa didikan yang benar, ilmu yang betul, dan suasana masjid yang "tidak mesra kanak2", agak sukar nak tenang...kerana anak2 tidak dibenarkan solat disamping ibubapa, konon2 "putus saff". but yet, dengan anak2 solat dengan ibubapa itu, keadaan lebih tenang, sebab anak2 itu tidak berlari2 dan bising di belakang bermain2.

wallahu'alam. saje tulis2...tengah2 writing tesis sekali..hua hua

No comments: