Sunday, July 21, 2013

bermula pusingan kedua Ramadhan

Assalamu'alaykum,

pagi ahad yang indah,
suasana hening, dan sejuk menyelubungi persekitaran,
selembut hembusan bayu pagi,
menyegarkan...


ok, tak kena langsung puisi tu, kelam kabut, terbalik2 pulak. hehe...anyway, alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat iman, islam dan kehidupan pada hari ini, 12 Ramadhan, yang mana telah masuk sepertiga kedua ramadhan.

ada yang telah mula rasa lelah, letih dan penat. fizikal akan mula terasa lelah, ruhani sekiranya tidak dibajai, dan ramadhan sekadar lapar dan dahaga, juga akan merasa penat, akal juga, letih memikirkan arah tuju hidup (atau hala tuju raya mungkin?). dan tenaga2 dari ketiga2 aspek, sekiranya tidak disalurkan ke arah yang benar, akan menjadi tenaga yang digunakan untuk menjana "keindahan raya eidul fitri" sahaja..

tenaga dari ketiga2 aspek, andai kata disalurkan ke arah pembaikan diri, didikan hati, insyaALLAH, sepertiga kedua ramadhan, speed ibadah, ruhiah akan bertambah-tambah. ketika ini, masjid akan mula sedikit lengang (adakah musibah, atau rahmah? aku tidak tahu), kanak2 bermain riang di ruang belakang, akan mula berkurang, ketika ini, atau tiga empat hari lagi, akan mula penuh gelanggang jualan "amal" raya, shopping complex akan menjadi sepertimana penuhnya saff-saff masjid di awal ramadhan (adakah ini musibah atau rahmah, juga aku tidak tahu).

ketika orang mula berkejar2, dan menyalurkan tenaga ke arah "perayaan" dunia, mereka yang menyalurkan tenaga ke arah "perayaan" akhirat, akan terasa tempiasnya. ketika ini, ruhi akan terasa lebih dekat, amalan2 sunat dan wajib, lebih mudah dilaksanakan. terasa dipanggil2 untuk membuatnya...

namun, masih belum terlewat untuk memulakannya...bermula dengan niat yang benar, dan mind setting yang betul, serta perancangan untuk mencapai apa target ramadhan, insyaALLAH, dengan kekuatan iman, semangat dan perlaksanaan yang betul, ianya akan dicapai.

ayuh, kejar hari2 ramadhan yang masih tinggal, agar mampu menjadi pendukung untuk 11 bulan yang mendatang...


No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...