Tuesday, July 30, 2013

Menjejak 10 malam terakhir Ramadhan

Assalamualaykum,

Wah wah, tanpa sedar, dan mungkin dengan sedar, ramadhan dah mencecah 10 malam terakhirnya untuk tahun ini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan, dan kesihatan untuk mengharunginya...

Anyway, tahun ni, terasa kurang keanggunan amalan diri sendiri. Mungkin atas kapasiti tidak bersenam ? Sebelum bulan ramadhan, kerap jga bersenam, mungkin faktor badan lemau menyukarkan misi mengejar makcik laila bak kata inche gabbana...haha

Namun, masih ada sisa malam yang masih tinggal, banyak lagi sebenarnya, masih banyak peluang. Kalau tidak berpuluh2 rakaat, cukuplah sekadar beberapa rakaat, mungkin cukup dgn dua rakaat sahaja. Sekurang2nya, usaha yang penting. Niat, dan doa agar diberikan kekuatan untuk bangun, bukan sekadar sahur, namun beribadah kepadaNya...

Kalau boleh, ambil sikit masa untuk berdoa, bukan untuk orang lain (ok, isteri suami, anak2 orang lain juga, diterima), tapi untuk diri sendiri. Banyak yang kita mahukan. Berikan hak2 itu..tak lama, alhir ramadhan ini je peluang itu ada...kan kan?

Orait, sekadarnya. Tahun ni xpernah berbuka dalam bas lagi, tapi nampak gaya, macam akan berbuka dalam bas je hari ni. Haha...

Wallahualam

Wednesday, July 24, 2013

Delphi Method

Assalamu'alaykum,

ok, semalam selepas berjumpa penyelia, dia ada sebut, untuk kaji tentang Delphi Method, supaya dapat membantu dalam penyediaan soalan survey yang akan dihantar kelak. dan selepas bertungkus lumus satu pagi, dapat rumusan dari Delphi method ni. sangat best rupanya, tak susah, tak senang.

Monday, July 22, 2013

Tahniah Dr Abdul Halim Hamzah

Assalamu'alaykum,

wah wah, selepas lebih 5 tahun bertungkus lumus dalam penyelidikan, membuat pelbagai kaedah penyelidikan, akhirnya sahabat lepas viva nya tadi...

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Sunday, July 21, 2013

bermula pusingan kedua Ramadhan

Assalamu'alaykum,

pagi ahad yang indah,
suasana hening, dan sejuk menyelubungi persekitaran,
selembut hembusan bayu pagi,
menyegarkan...

Wednesday, July 17, 2013

penyusutan orang ramai: solat tarawikh

Assalamu'alaykum,

lama tak update blog, sebab sibuk dengan pengajian...(alasan)

anyway.....

SALAM RAMADHAN, masih lagi di awal 10 Ramadhan, banyak lagi hari untuk penambah baikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat....