Saturday, January 05, 2013

Raef: cover lagu


Assalamu’alaykum,

Okeh, mungkin cerita ni agak basi bagi sesetengah orang, terutama peminat awakening records, ok, saya akui, saya slowpoke, saya mungkin terkena serangan confius oleh slowbro mungkin, menyebabkan saya tidak tahu lebih pasal mamat Raef ni banyak video on cover lagu.

Okeh, sebelum ni, melalui sumber yang soheh, saya menonton video klip si Raef ni, berkenaan it’s jum’ah, satu lagu tentang cerita hari jumaat, dari awal pagi bersedia untuk solat jumaat, dengan membaca surah Kahfi, bersiap2 ke masjid awal, dan duduk di saff depan, dan bukan melepak di saff belakang, “chill out” kata mereka.

Kemudian, dapat tengok satu lagi video cover lagu micheal Jackson, tapi tak minat sangat, sebab lagu agak slow, dan sebenarnya, sebab utama, saya tidak suka tengok youtube sebenarnya. Malas sebab nak kena habiskan masa 5 minit, beberapa minit untuk lihat video. Ok, saya dah tua mungkin, menyebabkan saya tidak berminat dah. Dalam program2 mungkin seronok tengok, tapi kalau sorang2, lagi2 masa 8pagi – 5 petang, memang tak bukalah.

And last week, tiba2 tergerak hati nak tengok youtube, and then, terperasan si Raef ni, buat cover lagu lain. Eh, best pulak. Kemudian, dengan perasaan tamak haloba, terus mencari video2 lain. Owh, dia dah ada 6 video clip. Semuanya sangat best dari segi liriknya, Cuma lagu yang dipilih tu, macam Micheal Jackson punya lagu, tak minat sangat, so, tak tengoklah. Haha

Tapi gaya liriknya, nampak sangat ia bersifat tarbawi. Okeh, aku dah start…nampak orang yang dapat didikan agama yang baik, pengharapan kepada Allah dan kasih sayang pada Allah sangat jelas dalam lagu2 cover dia.

Ok, sekarang dh download, and jadikan mp3, dan masuk dalam hp, untuk dengar dalam bas. Video yang best, yang tidak berputus pada Allah. Moga Allah berkati usahanya, walaupun cover lagu orang lain, tapi mesej dia, menusuk kalbu..haha

Albasta?

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...