Tuesday, January 15, 2013

Kemalasan atau Pengalaman?

Assalamu'alaykum,

lately, banyak tak tertulis ye. hehe...banyak idea sebenarnya, but time consuming, and we need to move on.



tidak mengapa, yang penting, masih punya masa nak menulis, walaupun sedikit. macam matluthfi, tulis ciput ayam je dalam blog dia. haha~

anyway, akhir-akhir ni, banyak post dalam facebook yang berbaur politik, bukan politik dalam erti kata politik negara, tapi politik komuniti, politik research, dan lain2 politik. bila kita hidup bermasyarakat, pastinya akan ada sedikit politik. politik itu kan penting? sebab ia akan membawa kepada pengurusan yang lebih baik (sepatutnya)

dan akhir-akhir ini, selalu terasa malas untuk membalas komen2 negatif, terutama di mukabuku. iya, saya seperti malas membuka mukabuku, sangat sebenarnya. kalau buka, mungkin sekadar untuk melihat maklumat terbaru berkenaan sesuatu isu. sebab di mukabuku, banyak maklumat yang dihidangkan dengan "tersangat" cepat berbanding kaedah konvensional.

satu lagi, bukan sekadar malas, tapi suka membaca sambil tersenyum melihat tulisan-tulisan orang muda dalam kumpulan2 mukabuku ini. owh, ini tidak berkaitan denga kumpulan alumni saya, tapi kumpulan-kumpulan lain. ada yang menghentam kawan2 kerana tidak terlibat dalam h*r. ada yang tidak setuju dengan kawan2 universiti.

tapi kebanyakannya, pasti tidak akan dikomen balik. mungkin sebab "rasa-dah-tua-bangka", lebih suka memerhatikan apa yang mereka lakukan. dan sekiranya melampaui batas, dan perlukan perhatian lebih, disitu baru akan dikomen. tapi jarang2 sekali. mungkin sibuk dengan penulisan sekarang pun ye juga. haha~

anyway, cukup dulu. kalau dah start menaip blog, memang laju jela. kalau menaip jurnal, haram, satu perenggan tak siap2...

wallahu'alam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...