Tuesday, December 11, 2012

Big Bad Wolf 2012! is here

Assalamu'alaykum,

wah wah...akhirnya, untuk peminat buku2 English, Big Bad Wolf telah kembali, bermula pada jumaat lepas (7 Disember 2012) sehingga 23 Disember 2012, dengan lebih 3 juta buah buku untuk dibelek, dan dipegang, dan seterusnya dikendong, atau diletak dalam beg, atau dalam bakul, atau troli (ya, troli tau), sebelum membayarnya.





Big Bad Wolf (BBW) ini adalah satu event yang mengumpulkan buku dari pelbagai distributor, untuk dijual dengan harga yang luarbiasa murahnya. harga buku di belakang, diletakkan Pound Sterling 7.99, tapi dijual dengan Ringgit Malaysia 8.00, wah wah...kalau ikut harga semasa, pertukaran wang semasa, harga sebenar buku adalah RM (7.99 x 5) ~ RM 40, wah wah...murah sangat..

tahun lepas, ia dibuat di MAEPS, MARDI Serdang, namun tahun ini mereka membuatnya di The Mines Convention Centre, yang keluasannya juga lebih kurang di MAEPS. hebat2....

tahun ini juga, mereka membuat sedikit kegilaan, iaitu membuka BBW selama 63 jam tanpa henti, means dari jumaat pagi sampai ahad malam tanpa henti. boleh datang lepas anak2 tidur (haha), jam 12 malam, hingga sebelum subuh (berhenti awal, solat tahajud).

tahun ni, pergi pada hari pertama lagi, kerana risau buku untuk anak2 akan cepat habis. lebih kurang 10~12 buah buku telah dibelikan untuk anak2. mereka belum pandai baca lagi pun, tapi ia satu proses untuk membuatkan mereka sayang buku, dan insyaALLAH bila mereka telah pandai membaca, akan lebih memudahkan lagi, kerana buku telah ada. hehe~

so, kepada peminat2 buku, jemputlah ke BBW, secepat mungkin. kerana jika lewat, kemungkinan besar buku2 yang indah dan enak akan kehabisan. oh sebelum terlupa, saya ada beli 2 novel berbahasa inggeris, dan buku motivasi, serta buku cerita teens fiction. haha...pelaburan yang kecil, untuk jangka masa setahun akan datang (eh?). semoga usaha BBW membuat event seperti ini, akan membolehkan peminat2 buku membeli buku (walaupun dah sedikit lama), dengan harga murah dan berpatutan, dan memupuk minat membaca dalam budaya masyarakat Malaysia.

terima kasih kepada rakan2 serumah yang memperkenalkan BBW sejak tahun lepas.

wallahu'alam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...