Friday, November 09, 2012

Membayar yuran, tapi tak hadir?

Assalamu'alaykum,

bismillah wal hamdulillah,

minggu ini, agak terkejar2, kerana tugasan PhD dan beberapa perkara lain. selepas berjaulah bersama Dr Zaid hari Isnin dan Selasa, seterusnya pada hari Rabu dan Khamis ada Workshop yang perlu dihadiri...


Namun begitu, selepas meneliti kesemua input dan tajuk yang terdapat dalam workshop kali ini, kelihatan tiada tajuk yang berkaitan dengan research yang sedang dilakukan. Bukan, bukan sombong, tapi memang sedikitpun tidak berkaitan. Sekiranya pergi selepas habis PhD mungkin berbaloi, tapi dalam keadaan sekarang, agak sukar nak "memasuki dan hadam" topik yang dibincangkan. Selepas pergi Keynote session pada awal pagi, dan melihat2 tajuk, dengan berat hati terpaksa tidak meneruskan perjuangan mendengar keseluruhan isi workshop.

Prioriti dalam kehidupan: walaupun rasa sedikit menyesal kerana telah membayar yuran Workshop yang tidak murah sangat. Serta terpaksa meninggalkan bumi Serdang untuk pulang ke JB, namun hasil tidak seperti yang diinginkan. Harapan untuk melihat2 presentation yang boleh membantu penyelidikan walau sedikit, tidak kesampaian. Selain terpaksa berkorban masa untuk main bersama rakan2 di Serdang. huhu~

Apapun, semoga Allah mudahkan urusan...dalam research, dan dalam kehidupan seterusnya...harapannya, akan datang paper2 yang dihantar untuk jurnal dan conference akan diterima. hehe...

insyaALLAH, selain rasa kerugian dari segi duit kerana tidak pergi habis workshop, tapi alhamdulillah, laporan untuk hasil sesi temu bual telah disiapkan untuk temu bual yang telah dilakukan. harapannya responden akan lebih bermurah hati daripada agensi2 lain untuk menerima kunjungan saya. hoho~

PhD itu rezeki, malah setiap perkara dalam hidup ini rezeki dari Allah...jangan lupakan dhuha untuk dipermudahkan, dan tidak disulitkan lagi perjalanan hidup kita, lebih2 lagi penyelidikan ini...

wallahu'alam

1 comment: