Friday, October 19, 2012

Kegembiraan meraikan sahabat

Assalamu'alaykum,

wah wah...dalam diam tak diam, lama sungguh blog ini dibiarkan bersendirian tanpa pemiliknya...kasihan sungguh rasanya kepada blog yang serba serbi ganas sebelum ini, menjadi diam seribu kata..haha~

entry kali ini, cuma ingin menunjukan bahawa, kejayaan orang lain, mampu juga menjadi sebagai penyebab kegembiraan kita. tak percaya? percayalah.


pertamanya, tahniah kepada abang (Dr) Ruzinoor Che Mat, yang berjaya dalam PhD nya, dan viva telah berlaku pada 2 minggu lalu, hari khamis 4 Oktober 2012, tahniah, berbangga akhirnya Abang Ruzinoor menjadi salah seorang pakar dalam bidangnya...insyaALLAH akan terus menerus berjaya selepas ini. hari tu sempat jugalah bersama beliau, sebelum viva, tolong sikit2 dalam bilik viva, kemas2 buku, jurnal, book chapter, proceeding yang banyak tu. Alhamdulillah...

keduanya, kepada bro (Dr) Zaid Omar, yang juga berjaya dalam vivanya, sehari selepas Abang (Dr) Ruzinoor, iaitu pada Jumaat, 5 Oktober 2012. tak tahu macamana ceritanya, sebab belum berkesempatan nak jumpa lagi, tapi khabarnya juga minor correction. looking forward to meet him. one of my best buddies from school.

and then, ketiganya, tahniah buat saudara Hafiz Hazir, yang telah konvo pada 15 Oktober 2012, akhirnya, dengan pencapaian yang membanggakan untuk graduan Master, dengan ada 2 jurnal, and beberapa conference proceeding, ianya satu perkara yang outstanding...

anyway, itu rezeki masing2. ujian juga buat mereka, samada untuk menjadikan mereka lebih bertaqwa, atau semakin jauh dari Allah. ujian yang kecil biasanya dipandang enteng, dan tidak menjadi kudis, tapi kita terlupa, ujian yang kecil2 ini, bila dikumpulkan, ianya akan menjadi ujian yang besar...dan tidak semua orang akan mampu melalui ujian seseorang yang lain...kan?

wallahu'alam. semoga sedikit entry menjadikan diri ini lebih bermotivasi untuk menambah entry di masa akan datang. dan harapannya, ada sedikit motivasi untuk beramal walau sikit. semoga ada sedikit kelebihan dalam diri ini yang mampu dikongsi untuk kebaikan bersama...

wallahu'alam...

No comments: