Wednesday, June 29, 2011

Orang yang Ikhlas akan TERTINDAS?


Assalamua’alaykum,

Sekarang ni, dalam demam2 selsema dan batuk, sempat lagi menjengah buku karya Pahrol Mohd Juoi yang terbaru, iaitu Beduk Diketuk. Satu buku yang menarik, akan tetapi masih belum khatam sepenuhnya lagi, baru sampai separuh buku. Hehe~

Tuesday, June 28, 2011

Bedah Buku: Offline dengan Syaitan


Assalamu’alaykum,

Jadi minggu lepas, actually dua minggu lepas, aku berjaya menghabiskan buku (baca: akhirnya) Offline dengan Syaitan, karya saudara Zulkifli Khair. Aku sebenarnya telah mengenali penulis buku ini sejak 2-3 tahun sudah, di mana beliau telah menurunkan ilmu “penulisan berita” kepada aku, kerana ketika itu, aku “agak rajin” (baca: banyak pergi) laporan mengenai program2 dan peristiwa yang berlaku di sekeliling aku. Agak pelik bukan, aku menulis laporan berita. Haha, tapi itu kisah dahulu…

minggu selsema + batuk


Assalamu'alaykum,

minggu ni hanya bertapa di skudai dan senai sahaja, kerana sekeluarga diserang selsema yang agak teruk...tiga hari tak mampu berbuat apa2...best betul rasanya...best sebab tertinggal buat research. tapi alhamdulillah, berjaya meneruskan juga sikit pada hari khamis. dan hari jumaat, dapat mendengar talk daripada Dr Abbas Rajabifard. so, sedikit perluasan minda berkenaan research yang sedang dilakukan oleh Group Spatial Uni Melbourne. ada 3 research besar yang sedang dilaksanakan, antaranya adalah Mutopia....tapi takleh nak dedahkan lagi apa dalam research ni, sebab ia hak milik Uni Melbourne. so, sorry ye..

anyway, hari ni berehat (baca: boleh ke kata berehat?) di rumah sahaja, cuma keluar dua kali atas urusan keluarga. mmm.....amni masih lagi demam, mengikut jejak langkah ummi dan abinya...harapnya, akak tidak join sekali senarai panjang geng selsema tersebut..heh

orait...

wallahualam..

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamu'alaykum,

baru dua hari pulang ke pangkuan keluarga, akan tetapi, ahli keluarga yang lain sangat2 tidak sehat, dengan selsema dan batuk menyerang bonda tersayang, di samping seorang adik. selsema yang mencapai tahap penyebab kemalasan yang melampau (baca: selsema teruk, terbaring), mula menyerang sejak hari jumaat lepas. dan dengan keyakinan (baca: konon2 hebat) akan antibodi badan yang tinggi, selamba bergaul dengan bonda dan adik, dan akhirnya, family kecilku pula dilanda simptom selsema dan batuk.

Thursday, June 16, 2011

Mengantuk - perlu keseimbangan

Assalamu'alaykum,

hari ni, sangat mengantuk, i don't know why. mungkin effect dari semalam kot. tidor agak awal, jam 11 pm, tapi mungkin tak cukup, so, effect dirasa pada hari ini. adoi. masalah juga ni. dengan keadaan badan yang kekurangan rehat, ia akan memberikan tekanan (baca: stress) kepada otak dan badan, agar bekerja dengan lebih keras (baca: sebab sedikit lemah dari biasa, tenaga untuk perkara biasa berganda sedikit), dan akhirnya, akan membawa kepada perkara yang lebih buruk (baca: harapnya tidak begitu)

Wednesday, June 15, 2011

Angry Bird - aku pun main~

Assalamu'alaykum,

sorry pada peminat blog ni, kali ni aku cuma nak bercerita mengenai satu game yang popular (baca: aku dah terlewat), iaitu Angry Bird

Burung Pemarah yang dimaksudkan

Tuesday, June 14, 2011

pandai berbelanja

Assalamu'alaykum,

so, kali ni antara entry aku yang sedikit merepek. bukan apa, cuma nak kongsi salah satu cara berbelanja dengan jimat. oh, terlupa, ayatnya sepatutnya begini:
"salah satu cara berbelanja keperluan diri dengan jimat"

hidayah ALLAH, siapa tahu?

Assalamu'alaykum,

hari ini, hari yang indah, aku cuma nak bercerita sedikit tentang apa yang terjadi tadi. tapi sebelum tu, hari ini sangat indah, kenapa ye? kerana selepas solat subuh dipagi yang hening, aku melepak2 dulu, kemudiannya, bila matahari sedikit memancarkan cahayanya (baca: dengan izin ALLAH), aku pun menggatal2 nak lap kereta. bukan apa, semalam, perjalanan dari JB-Melaka-Serdang telah menyebabkan kereta aku kelihatan sangat cool, kerana penuh dengan laluan air+debu+percikan lumpur di bahagian tayarnya. terima kasih banyak. kemudian, cantik je lepas aku habis mengelap, aku perasan, hari macam gelap, dan alhamdulillah, pagi ini, ALLAH memang nak sejukkan bumi Serdang, dengan menurunkan hujan dengan lebatnya! alhamdulillah...molek benar...tapi aku tak kisah, sebab memang selalu dah jadi.

Monday, June 13, 2011

2Cellos

Assalamu'alaykum,

lari sebentar dari topik2 kehidupan, nak bagi satu video yang memang WIN...giler arr...

main Cello je kot, untuk smooth criminal...baru tahu..hua hua..


Saturday, June 11, 2011

Final Piala FA- Malaysia

Assalamu'alaykum,

so, tadi baru je menonton perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Bukit Jalil, dan selepas ketinggalan 1-0 pada minit ke 80, Terengganu kembali menyamakan kedudukan pada minit ke90, dan memenangi perlawanan dengan gol di waktu tambahan.

dan sejujurnya, dah lama tak menyaksikan perlawanan bola sepak. kali terakhir? entahlah...dan kali ini, sangat2 teruja nak menonton juga....semangat tidak mahu mengalah, menjadi duri dalam daging kepada Kelantan. gol minit akhir, telah merentap semangat pemain Kelantan, ia kelihatan, walaupun tidak jelas, akan tetapi, di waktu tambahan, nyata skuad Terengganu menyerang dengan agresif, dan Kelantan kurang menyengat, hanya lebih kurang 3 serangan di waktu tambahan tersebut.

alhamdulillah...berdebar2 hati..adeii...takmo dah tengok perlawanan bola...adeii..sakit jantung...

Wednesday, June 08, 2011

Bedah Buku: U-Turn Ke Jalan Lurus

Assalamu'alaykum,

so, hari ni (baca: sebenarnya dah beberapa hari) habis membaca salah satu lagi buku yang sangat menarik. buku ini sebenarnya di promote oleh salah seorang pakcik yang dikenali. dia menyatakan bahawa buku ini sangat menarik untuk dibaca dan dihayati. dan benarlah katanya, buku ini sangat menarik untuk dibaca, dan dihayati isinya.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...