Wednesday, December 28, 2011

buku apakah itu?


Assalamu’alaykum,

Perjalanan dari Johor Bahru ke Kl hanya mengambil masa kira-kira 3-4 jam sehaja, dengan laluan yang landai, sedikit naik dan turun bukit, dan tidak banyak laluan yang berliku serta tidak terlalu mendaki…

Anyway, perjalanan yang singkat inilah yang selalu mendatangkan ilham yang melampau kepada penulis, entah kenapa, banyak idea yang mampu keluar, akan tetapi, ketika berada di dalam lab, atau di dalam keadaan static, atau lebih tepat lagi, dalam suasana yang skema, penulis akan mati akal, dan tidak mampu menaip walhal satu baris ayat pun..wozza~

Sebenarnya, entry untuk blog ini akhir2 ini, errr…setahun akhir ini bermula awal tahun 2011, banyak yang dinukilkan di dalam bas, kerana suasana yang agak tenang, dan tiada gangguan internet, eh? Itu yang menjadi masalah utama dalam penyelidikanku, internet..atau lebih tepat, gangguan social networking. Uh uh…bahaya yang sangat tinggi ratingnya…hehe

Anyway, perjalanan tarbiah, perjalanan penyelidikanku sangat panjang, lebih2 lagi jalan dakwahku. Penuh dengan liku, naik dan turun (baca: perhatikan, perkataan naik dahulu ditulis sebelum turun, wozza~). Panjang dan Osem bak kata inche gabbana, eh?

Dan lama rasanya tidak menambah baik diri sendiri dengan bahan bacaan yang lebih qowiey dan menusuk kalbu. Dan kali ini, aku memilih untuk membaca satu buku yang pernah dibaca (baca: dan tak habis sampai la ni), dan dibaca semula. Kerana rasa ingin perbaiki diri, eh?

Owh, tajuk buku simple Cuma, iaitu “hadiah untuk pengantin”, karya Syaikh Ash-Shabuni. Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian, bahagian pertama mengenai pernikahan itu sendiri, peri penting pernikahan, dan kebaikan pernikahan itu.

Bahagian kedua, adalah berkenaan pernikahan adalah sunnah para Nabi dan Rasul terdahulu. Bukan satu ajaran lain.

Bahagian ketiga pula menekankan adab melamar, uh, aku baru sampai bahagian ketiga ini.

Secara ringkas, untuk bahagian pertama:
Pernikahan bukan sekadar untuk bersenang-senang dan melampiaskan nafsu syahwat sahaja. Ianya adalah ibadah yang tinggi nilainya (baca: err..ibadat kot, takkan kurang nilainya, eh?). ikatan pernikahan adalah sesuatu yang positif, eh, cukup dulu, nanti aku cuba untuk ungkaikan dalam satu entry lain. Semoga ALLAH beri kekuatan itu kepada mata yang membaca, aqal yang memahami, aqal juga untuk berfikir dan mengeluarkan idea, serta jari jemari yang tidak putus2 menaip dengan kelajuan yang sudah tidak berapa laju…

Wallahu’alam..

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...