Friday, October 07, 2011

lagu rindu buat bonda...Wozza!

Assalamu'alaykum,

uh uh...bonda, ibu, mak, mama, ummi...uh uh...


minggu lepas, agak terasa merenggangkan diri dengan bonda, sebab agak menumpukan perhatian kepada pembacaan kajian literature yang berterusan. dan ketika pulang ke JB, isteri kesayangan di dalam hati telah bertanyakan, ada ke tak membuat panggilan telefon kepada bonda minggu lepas? uh...soalan yang sangat menusuk jiwa..lalu didiamkan, sambil menjawab muka penuh gaya selamba unta tak mandi "mmm...tak". tapi dalam hati, rupanya satu gelojak perasaan yang entah tak tahu nak letak muka di mana, sambil merasakan kehampehan diri sendiri dengan telatah "konon-konon sibuk-serta-menyibukkan-diri", wozza!!

jadi bermula saat itu, hati yang paling dalam telah menanam azam. eh, asal hati aku yang nak tanam azam? ah, takpelah, yang penting, penanaman azam telah dibuat lebih mudah dari tanam pokok betik depan rumah, untuk sekurang2nya membuat panggilan telefon walau sekali seminggu kepada bonda-yang-jauh-di-mata-dekat-di-hati..WOZZA!!

jadi, dengan konon-konon rasa rindu *batuk-batuk kecil*, saya menujukan lagu Bonda dari M.Nasir ni buat bonda terchenta...wozza!

No comments: