Thursday, September 08, 2011

Syawal 1432 hijrah yang menarik

Assalamu'alaykum,

sebelum bercerita tentang tajuk yang telah ditulis di atas, saya cuma nak mengagumkan diri dengan compose setting yang baru oleh enche' blogger ni. sungguh2 pelik. mungkin mudah, mungkin susah, dengan teknologi yang terkini ini.

okeh, cukup dulu bercerita tentang setting baru ini, wozza~


so, persoalan sebelum kita meneruskan perbincangan entry ini, adalah:
bagaimana dengan ramadhan anda tahun ini (1432Hijrah = 2011 masihi)? rasa hebat wozza? atau terasa jadi macam super saiya berambut blonde kuning tahap 3? atau rasa macam tahap 4? (ada ekor balik, hua hua).

atau cuma seperti orang biasa2? yang akhirnya dapat merasa kesusahan orang lain, yang tidak cukup makan dan minum, dengan berlapar dan dahaga sahaja?

kalau anda terasa anda lebih sikit dari golongan kedua, anda memang golongan wozza hebat! macam son goku buang pakaian beratnya selepas berlatih di dunia akhirat (baca: hanya peminat2 sahaja yang faham)~ tapi anda masih belum boleh bertukar warna rambut kepada warna super saiya sejati lagi! usaha lagi tahun depan! wozza~!!

anyway, setelah ramadhan itu habis, lalu bagaimana?

owh, lepas itu, aku kembali menjadi manusia yang terus menerus dilalaikan oleh gandingan nafsu dan syaitan~ wozza... (baca: ini khusus buat diri sendiri)

ada terasa tak amalan ramadhan itu tidak dapat membawa ke bulan2 lain? (baca: khususnya syawal ini?)

kalau dah mula terasa menyampah dengan ketidak-bagusan diri, moh le kita mulakan semula langkah kanan (baca: atau kiri) untuk menjadi super saiya di bulan penuh tipu-daya ini (baca: tipu daya nafsu dan syaitan!). jom lah kita mulakan dengan yang ringkas dulu, solat fardhu berjemaah! wozza~

dan jangan lupa, untuk teruskan dengan puasa 6 syawal, (baca: iye, puasa sunat selama 6 hari je dalam bulan syawal, bukan 30 hari macam ramadhan). agar tahap kekuatan akan dapat mencapai kuasa super-saiya nanti~ wozza!!

wallahu'alam

*p/s: tahun ni takde ucapan selamat hari raya, sebab rasa tak layak untuk beraya. wozza~ amalan tak cukup super-saiya (baca: berambut panjang!)

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...