Thursday, September 22, 2011

posting yang boring - Epic Fail~

Assalamu'alaykum,

kembali ke sisi komputer lab yang berdiri teguh seumpama lidi dicucukkan di atas tanah. eh~


apapun, sesudah beberapa kejadian yang sangat Epik, maka entry kali ini akan juga menceritakan pasal kisah epik fail juga..ia dimulakan dengan bismillah~ (baca: dah lambat baru nak baca~) *fail*


perkara ini telah terjadi sebanyak 2 kali. ianya berkaitan Epik kemalangan sendiri tak berbau kepada orang lain, yang telah berjaya dibantu oleh diri sendiri *batuk-batuk kecil*


dua-dua epik berlaku setibanya di bumi Serdang yang comel lote dengan kereta2 yang berhambur-baur sama sendiri (baca: jangan guna istilah ini ye). kali pertama, sebuah kereta tidak perasan adanya longkang di hadapan keretanya, menyebabkan tayar kiri kereta masuk ke dalam longkang, menyebabkan kereta tersangkut. dan alhamduilllah, telah berjaya dikeluarkan dengan warna berterbangan oleh orang ramai.


kisah kedua, baru sahaja berlaku minggu ini. sebuah kereta agak mahal, tersalah masuk jalan, dan ternaik atas pembahagi jalan (baca: bukan pembahagi kalkulator, eh~). dan juga berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang bertungkus lumus menolak keretanya turun dari pembahagi jalan tersebut. kereta itu ternaik atas pembahagi jalan kerana cuba membuat pusingan-u di tempat yang tidak sepatutnya. mungkin (baca: mungkin ye), dia melihat motor membuat pusingan-u di situ, lalu cuba diikutnya~ yeay!!!!~ tanpa menyedari laluan itu bukan untuk pusingan-u sama sekali.....

hebat bukan kisah ini? bukan selalu dapat melihat orang Malaysia yang masih "berharapan". eh, tak faham? maksudnya, masyarakat Malaysia masih lagi mengambil berat (baca: bukan berat badan) terhadap orang lain, hingga sanggup membantu, walaupun ianya mengganggu urusan "biasa" masing-masing. 


walaupun pihak inggeris telah menyuburkan rasa nafsi-nafsi, namun, alhamdulillah, harapan itu masih ada. 


selain itu, ianya menjadi pengajaran kepada diri kita, dalam kehidupan seharian, untuk berjaga-jaga dengan perkara yang tidak dijangka. berhati-hati dengan "perangkap licik" yang disediakan oleh pihak musuh (baca: musuh Islam terutamanya), seperti longkang yang tidak kelihatan, dan melalui jalan yang tidak sepatutnya...


jadi, mari kita pilih jalan hitam, eh bukan, moh le kita, perbaiki diri, untuk dapat melihat "kelicikan" dan kehebatan keganasan penipuan yang menimpa2 ini...penipuan secara halus oleh pihak kewangan (baca: terutamanya bank-bank so-called-Islam), penipuan MLM, dan macam2 lagi dowh...tambah ilmu dalam pelbagai bidang. tak mampu sendirian, dapatkan "pakar" dari bidang tersebut. okeh...

okeh, cukup dulu, sudah2 la tu...WOZZA~

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...