Saturday, September 10, 2011

melihat yang kecil, purak2 tak nampak yang sebenar

Assalamu'alaykum,

apa khabar agaknya diri anda hari ini? terasa lebih bertenaga? dan mampu menghasilkan kungfu sejari? atau cuma mampu meleperkan lagi badan seperti lepernya tilam atau lepernya toto di rumah? wozza~


oklah, selepas bersarapan awal pagi tadi (baca: *ehem, tak tidur lepas subuh, wozza!), kami makan sambil berbual (baca: sila jangan ikut contoh ini, tak baik) tentang mesyuarat salah seorang teman semeja, dia berkata, dalam keselamatan dan kesihatan, banyak faktor2 penyebab kanser telah disenaraikan. dan banyak penyebab2 ini akan diharamkan penggunaannya, seperti penggunaan simen dalam menampal dinding (baca: ini fakta aku buat sendiri, wozza!), dan juga penggunaan mangkuk jamban, akan menyebabkan kanser kepada punggung. selain itu, banyak lagi senarai panjang sebab2 kanser, yang kecil2 telah disenaraikan.

dan di akhir cerita, sahabat ini bercerita, bahawa bos dia cakap, "kita sibuk2 nak haramkan penyebab2 kecil kanser, tapi lupa, ada 1 sebab utama kanser, yang sampai sekarang masih berleluasa, iaitu ROKOK!" wozza! semua orang tergamam, terdiam, nasib baik tak tersembur air kopi panas yang sedang dihirup, kalau tidak, pasti akan terkena sepakan sudut terbang dari member depan.

yeah, itulah dia masyarakat dunia, dalam apa juga masalah, penyebab2 kecil semuanya disenaraikan, hinggakan senarai itu akan melebihi panjang tisu tandas yang biasa ada di KLCC (baca: apa kena mengena?). hingga terlupa, masalah utama, atau penyebab utama masalah tersebut.

begitu juga dalam kes masalah gejala sosial, masalah samseng jalanan (baca: dari rempit tukar samseng jalanan, orang still tak peduli), masalah zina, pembuangan bayi, masalah rumah tangga, macam2 senarai, penyebab telah disenaraikan. tapi sebenarnya, masalah utamanya? (baca: ini cuma pendapat peribadi aku tadi di meja makan) kelemahan IMAN.

wozza!

dush,dush, terkena sepakan gunting dari chun li pula....

1 comment:

Aliya said...

*like* this post