Friday, August 19, 2011

Puasa: proses mengawal diri

Assalamu'alaykum,

entry kali ini, akan ada banyak proses provokasi dalam aspek pengawalan diri, melalui puasa. so, entry ini tidak berbentuk tazkirah ringkas, atau panjang, hoho...wozaa~....so, entry ini juga akan menyentuh secara penuh berkenaan bulan ramadhan yang sangat best ini...actually entry kali ini, diupgrade dari post dalam facebook..wozaaa~

so, dalam kita memeriahkan tinggalan masa untuk berhari raya ni, ada tak kita bagi tumpuan lebih pada ramadhan kali ini? tak rasa best? rasa penat puasa je? macam hati kosong? penat je sepanjang hari? ngantok+rasa nak tidur je ke? gua terus terang, memang rasa mengantok, tapi yang lain tu, penat sangat, takdelah..depend pada hari2 yang berlalu, ada yang bersemangat, dari pagi ke petang khusyu' membaca macam2 benda..owh, aku penyelidik di peringkat awal, jadi kena banyak membaca. kalau tak banyak membaca, susah nak cari gap penyelidikan nih.


anyway, walaupun mengantok, tetap cuba habiskan apa yang patut...oklah, cerita panjang tak guna, kali ni nak kongsi pasal checklist amalan2 ramadhan. tapi akan dipecahkan kepada beberapa tahapan, lebih mudah nak lihat tahap pencapaian harian kita. ok tak?

checklist tahap biasa:
1. solat fardhu 5 waktu setiap hari.
wozaa~ anda hebat! walaupun difokuskan kepada ramadhan, tapi anda tetap maintain kehebatan anda untuk terus menerus solat 5 waktu! cool~ wozaa~
2. berpuasa setiap hari tanpa uzur
wozaa~ anda hebat lagi! berpuasa setiap hari, tak semua orang boleh buat. ada yang gastrik (baca: ada juga pura2 gastrik), ada yang baru bersalin, atau mengandung. ada yang sakit, tak ingat apa2, kesian mereka, nak beribadat lebih sikit tak boleh di bulan ramadhan kareem ni.
3. membayar zakat fitrah
wozaa~ dengan ini, lengkap sudah amalan fardhu anda di bulan ramadhan~ syabas!! tanpa membayar zakat fitrah, amalan puasa kita akan tergantung, dan tidak dibawa naik kepada ALLAH s.w.t! hebat~ owh, zakat fitrah berbeza ye antara negeri. di Selangor, RM7.00 per individu, dan di Johor RM7.50 per individu. takdelah banyak sangat, selalu kita makan tengahari kat kedai pun dah RM8-10 kan? setahun sekali je beb~

=============================

orait, anda telah menjadi seorang muslim yang baik untuk ramadhan kali ini. checklist anda lengkap, takde pulak kekurangan. alhamdulillah...jadi, kita akan naikkan sikit tahapan checklist amalan ramadhan kita..mm...checklist second round. kita lihat amalan fardhu+upgrade pula...
1. solat fardhu 5 kali sehari
- solat fardhu 5 kali sehari + berjemaah
wozaa~ anda telah berjaya solat 5 waktu, apa kata anda upgrade sikit dengan berjemaah sama2. eh, tak perlu ramai2, 2 orang pun jadilah...ibu bapa, adik beradik, suami/isteri (baca: pakwe/awek tak kira), kawan2 sebilik, kawan2 serumah. wozaa~ anda hebat kalau berjaya...bagus, sekurang2nya, gandaan pahala akan bertambah berkali2 ganda..owh, bulan ramadhan, mungkin jadi ratus2 kali ganda~ wozaa~~

- solat fardhu 5 kali sehari + berjemaah + berjemaah di masjid/surau/musolla
wozaa~ kalau anda masuk tahapan yang ini, anda lagi hebat~ wozaa~ dahlah berganda2 (baca: mungkin ratus-ratus/ribu-ribu kali ganda). campur lagi dengan usaha ke masjid, ada pahala wehhh...jangan main2..anda hebat lagi...wozaa~

2. berpuasa setiap hari
- berpuasa setiap hari + berbuka di awal waktu
wozaa~ anda hebat, berjaya mengawal diri, dan mengikut sunnah Ar-Rasul s.a.w, anda berbuka di awal waktu~ hebat...lagi hebat kalau anda kawal diri untuk berbuka sekadarnya, lagi hebat kalau dengan kurma+air sahaja, dan diteruskan dengan solat maghrib dahulu sebelum makan berat~ wozaa~

- berpuasa setiap hari + berbuka di awal waktu + bersahur lewat
wozaa~ ini lagi hebat, sekiranya anda berjaya berpuasa, dahlah setiap hari, berbuka awal, lagi best kalau bersahur di lewat waktu (baca: sebelum subuh pastinya!!). wah...anda dapat 2 kali sunnah Ar-Rasul s.a.w!!

===============================

ok, dah lihat dan baca tahapan kedua amalan ramadhan anda? nak teruskan lagi? tak mahu? ok, anda boleh berhenti setakat ini. tapi kalau rasa yang kat atas tu kacang, dan dah biasa dah buat. jom kita upgrade lagi kehebatan amalan ramadhan kita...jom, tengok checklist awesome wozaa~ pula!

1. solat sunat
- solat sunat tarawih
wozaa~ anda hebat, tak kisahlah berapa rakaat pun...kalau anda hebat, 20+3 rakaat. kalau 8+3 rakaat pun takde masalah. anda tetap wozaa~ hebat! tak mudah nak lakukan. selepas menggunakan sehabis mungkin makanan (baca: tenaga yang dibakar) pada siang hari, malam hari kena tambah solat sunat. bukan 2 rakaat, paling kurang 8 rakaat..wozaa~

- solat sunat awabin
wozaa~ anda hebat lagi...solat sunat sebelum subuh, sebelum zuhur, selepas zuhur, sebelum asar, selepas maghrib, sebelum dan selepas isya'...wahh...berganda2 pahala...macam pahala yang wajib! wozaa~ anda memang awesome woozaa~

- solat sunat lain
solat sunat dhuha, solat sunat fajar...apa lagi ek? owh, tak de orang pernah buat? wozaa~ anda hebat. cool woozaa~

- solat sunat malam
wozaa~...ini paling awesome wozaa~ tak ingat...andai kata anda bangun untuk sahur jam 5.15 pagi, apa kata awalkan sikit je, 5.10 pagi, dan extra 5 minit, anda extrakan dengan solat sunat tahajjud ke. memang totally awesome wozaa~

2. tilawah Al-Quran
- awesome sekiranya anda memang mula2 awal ramadhan, malah sebelum ramadhan telah bermula membaca Al-Quran. tak kisahlah berapa banyak pun. mungkin satu muka surat, dua mukasurat, even, walaupun satu ayat. alhamdulillah, anda memang wozzaa~~ lagi awesome andai anda mampu meningkatkan sedikit tahapan tilawah anda..apa kata, naikkan ke tingkat satu juzu' setiap hari? wahhh...awesome wozaa~, dah? kacang je? perghh...naikkan lagi tahapan tu, baca terjemah sekali beb~ lagi awesome wozzzaaaa~

3. infaq / sedekah
- wozaa~ andai anda telah banyak berinfaq/sedekah dalam bulan ramadhan mulia ini..apa kata, dalam anda banyak berinfaq tu, anda bahagi2kan kepada setiap hari....tak faham? begini wozaa~, kalau anda nak hebat, apa kata pecahkan, andaikata anda ingin menginfaqkan RM30, apa kata, pecahkan kepada RM1 per hari..jadi setiap hari anda akan berinfaq!! wau wii...wozaaa.....~

wahh..banyak juga ye nak mengejar amalan di bulan ramadhan yang mulia ini...wozaa~ hebat, andai anda berjaya melangkaui satu demi satu langkah tersebut. lagi awesome wozzzzaaaaa~ andai anda dapat gandakannya 2kali lipat setiap satu amalan...memang TOPPERSSWOZAAAA~ lah anda ni..

jom kita perbaiki diri kita...wozzaaa~


No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...