Friday, July 01, 2011

Sakit Hati dan Dengki


Assalamu'alaykuum,

sakit hati merupakan perkara yang sering melanda kita, dalam keluarga, di tempat belajar, di tempat kerja, dan sebagainya. Pelbagai perkara yang boleh menjadi penyebab kepada rasa sakit hati. Terutama sakit hati apabila ditekan, disiku, disekeh oleh orang yang rapat dengan kita, lebih-lebih lagi di tempat kerja.

Ada yang telah melihat rakan2nya yang membelot, mengampu, dan membodek pihak2 yang berkepentingan untuk kepentingan sendiri. Hinggakan ianya menjadi penyebab kepada sakit hati kepada kita. Kita bekerja, berusaha dengan cara yang betul untuk membantu organisasi, akan tetapi, orang yang lebih kuat “menampakkan dirinya” (baca: membodek) akan lebih dipandang, dan orang-orang yang menjadi mangsa ini akan terus ditekan dalam-dalam.

Hingga ada yang mengeluh, tidak mendapat ganjaran yang sepatutnya, ada yang terus menerus dengan jawatan yang sama hingga berpuluh2 tahun (baca: lebih dua puluh tahun dah kira dah). Sedangkan kaki hebat mengampu ini, telah menaiki tangga jawatan hingga 5 kali! Wahh...hebat...hebat sungguh ampuannya...

apapun, sekiranya kita berada dalam situasi orang yang ditekan, dan tidak mendapat kebaikan, atau kelebihan yang sepatutnya, janganlah bersedih hati, dan janganlah terlalu tertekan, kerana kebaikan itu pasti akan muncul. Mungkin setahun, mungkin 2 tahun, mungkin 10 tahun, mungkin 20 tahun, dan insyaALLAH, yang pastinya, kebaikan itu akan “muncul” di akhirat kelak.

Jadi, kembali kepada asalnya, dalam melaksanakan setiap perkara, dalam setiap perbuatan, yang paling penting, adalah NIAT. Ya! dengan niat yang ikhlas, kerana ALLAH s.w.t akan menjadikan hati-hati kita menjadi lebih tenang.

Dengan niat ikhlas, kita akan redha dengan “perbuatan” ampu-ampuan ini, dan mendidik kita menjadi insan, MUSLIM yang lebih baik. Sama juga seperti SOLAT. Dengan niat yang ikhlas, tidak mahu menunjuk2, atau punya “kepentingan peribadi”, insyaALLAH, solat akan juga menjadikan hati kita lebih tenang dan redha dalam setiap perkara.

Wallahu'alam...

masih sakit hati? Ikhlaskanlah hati kembali...

1 comment:

Pendidik said...

انَ ٱلنَّاسُ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ فَبَعَثَ ٱللَّهُ ٱلنَّبِيِّـۧنَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ فِيمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ‌ۚ وَمَا ٱخۡتَلَفَ فِيهِ إِلَّا ٱلَّذِينَ أُوتُوهُ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ بَغۡيَۢا بَيۡنَهُمۡ‌ۖ فَهَدَى ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَا ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ مِنَ ٱلۡحَقِّ بِإِذۡنِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ يَهۡدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ Surah 2:213. Ayat ini menyatakan bahawa Allah mengutuskan Para Rasul untuk memberi khabar gembira dan menyampaikan ancaman kepada manusia. Allah juga mengutuskan bersama-sama mereka kitab-kitab supaya manusia dapat berhukum dan tidak berselisih pendapat. Namun begitu masih ada juga manusia yang berselisih pendapat dalam agama dan apa jua perkara kerana perasaan HASAD DENGKI............

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...