Tuesday, July 05, 2011

kisah berehat sebentar: kes Taman Tasik Titiwangsa

Assalamu'alaykum,

sebenarnya, ada satu entry yang nak dipost, tapi dihold dulu, kerana peristiwa menarik petang tadi. kisahnya agak panjang, tapi kena juga ditulis, untuk pemahaman dan peringatan sendiri...hehe..ia bermula dengan perjalanan yang agak memenatkan hari ini, dari pagi tadi, bertolak dari Johor Bahru ke KL, sebelum itu singgah di Nilai untuk mengambil slip peperiksaan di USIM, dan kemudian ke UKM KL. tiba di UKM KL, jam telah menunjukkan waktu 5.30petang, dan bermaksud, ianya waktu traffic jammed yang sangat teruk untuk area KL dan sewaktu dengannya.


jadi, aku ambil keputusan untuk berehat sebentar di Taman Tasik Titiwangsa, untuk melihat2 suasana sekitar (baca: merehatkan badan). dan tiba di tasik, aku duduk je atas bangku yang disediakan. adik aku yang berdua tu berjalan2 dulu. aku malas, sebab agak kepenatan memandu jarak jauh, dan jangka masa yang agak lama, sebab berhenti2.

tidak lama, adik aku pun sama2 join aku berehat. sambil2 ambil2 gambar2 comel (baca: gambar2 sengal), tidak lama, ada seorang lelaki pun berjalan di depan kami, dan mengambil gambar bunga yang disusun dalam bentuk love (baca: sape entah yang rajin buat tu) berdekatan dengan kami. dan kemudian dia bertanya, "awak ke yang buat?" pada awalnya kami menyangka dia salah seorang rakyat Malaysia yang berbangsa cina, akan tetapi, setelah memperkenalkan diri, tertanya dia adalah warga Korea (baca: yang diminati oleh salah sorang adikku).

namanya Thak Kwang Bok. dia telah menetap di Malaysia dalam masa 7-8 tahun. dan agak mahir berbahasa Melayu Baku. dan dia melakukan kajian sosio-budaya masyarakat Malaysia. dan antara persoalan yang dia tanya, adalah "apa maksud Qurban? kenapa binatang Qurban perlu mati?". soalan ini ditanya kepada semua orang di Malaysia, yang beragama ISLAM. dan jawapannya? tidak semua yang tahu, dan tidak semua dapat lihat intipati disebalik pengorbanan Nabi Ibrahim ketika ingin menyembelih anaknya. aku takmo kupas hal ini. ada benda lebih menarik.

dalam perbincangan (baca: lebih kepada one way), antara yang disebut, kebanyakan, diulang KEBANYAKAN orang ISLAM Malaysia tidak mengetahui isi dan intipati agama ISLAM. ia sekadar menjadi budaya dicampur gaul dengan adat, hingga tidak menepati syariat ISLAM yang sebenar. wahhhh...hebat kajian mamat ni...

dan antara penekanan yang disebut dalam perbincangan kami, adalah menggunakan analogi seperti ini;
"jika mak saya nak beri saya wang, dan dia kirim melalui bank dari Korea,
saya perlu keluarkan dari bank, untuk ambil wang tersebut,
dan untuk keluarkan duit, perlu no pin kat ATM,
kalau tak ada no pin ATM, macamana saya nak keluarkan duit"

dan bila di"terjemah"kan analogi tersebut kepada perlaksanaan ISLAM as way of life di Malaysia, dia cakap, ALLAH dah turunkan Al-Quran sebagai panduan, akan tetapi, orang ISLAM di Malaysia (baca: khususnya Melayu ISLAM), hanya pandai membaca, akan tetapi tidak mengetahui maksud ayat Al-Quran yang dibaca tersebut.

wahhhh...terkesima aku dan adik2 aku atas kenyataan dia tu. adoi, so, maksudnya, walaupun kita pandai membaca Al-Quran, malah sangat laju, setengah jam dapat habiskan 1 juz Al-Quran, akan tetapi, kalau tak tahu maksudnya, seperti tong kosong je..bunyi je lebih, apa pun tarak.

jadi, azamkan pada diri, lepas ni, walaupun kita baca satu ayat Al-Quran, cuba baca juga terjemahannya. dan kalau lebih, alhamdulillah. jadilah umat ISLAM yang mengetahui no pin bagi akaun rahmat yang ALLAH ingin berikan kepada kita. insyaALLAH, kerahmatan ALLAH meliputi hamba-hambaNYA.

wallahu'alam

*p/s; aku sedikit terkilan, walaupun dia memahami Al-Quran dan Islam dengan mendalam (baca: lebih dari orang biasa2), akan tetapi dia masih belum revert kepada ISLAM. dia cuma percaya seseorang perlu melaksanakan kebaikan untuk kehidupan akhirat kelak. aku cuba menerangkan, akan tetapi masalah bahasa yang agak skema dan tidak sampai kepadanya, menyukarkan sikit proses memahamkan, bahasa amalan yang baik, tanpa mengucapkan syahadah, seperti debu2 yang berterbangan...nasib baik ada no dia, moga ALLAH buka pintu hatinya untuk menerima ISLAM sebagai agama dan cara hidupnya...amin...

first time peluang dakwah kepada non-muslim depan mata, tapi tak dapat guna sepenuhnya..ish ish

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...