Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamu'alaykum,

baru dua hari pulang ke pangkuan keluarga, akan tetapi, ahli keluarga yang lain sangat2 tidak sehat, dengan selsema dan batuk menyerang bonda tersayang, di samping seorang adik. selsema yang mencapai tahap penyebab kemalasan yang melampau (baca: selsema teruk, terbaring), mula menyerang sejak hari jumaat lepas. dan dengan keyakinan (baca: konon2 hebat) akan antibodi badan yang tinggi, selamba bergaul dengan bonda dan adik, dan akhirnya, family kecilku pula dilanda simptom selsema dan batuk.


isteri dan aku sendiri telah mula diserang selsema bermula ahad malam, namun prevention awal, dengan pergi ke klinik di awal serangan, insyaAllah akan mengurangkan kadar serangan. namun, perlu diingat, bahawa yang menurunkan ujian (baca: selsema) ini adalah ALLAH s.w.t, dan pastinya, yang akan menyembuhkannya juga adalah ALLAH, berdoalah, disamping berusaha menyembuhkan serangan selsema dengan mengambil ubatan yang disyorkan oleh doktor. bukan ubat ikut-suka-hati-nak-makan.

hehe~ orait, semoga ujian yang diturunkan ini, mampu membersihkan dosa2 kecil yang dilakukan (baca: dosa kecil yang tidak berterusan). dan ia menjadi pengajaran kepada diri sendiri, jangan terlalu yakin dengan diri sendiri..heh~

haha, walaupun tak sehat, namun tetap perlu meneruskan penyelidikan, walaupun sedikit...dan hari rabu ni, ada conference di KLCC. tak tahulah mampu pergi atau tak. nasib baik belum buat bayaran lagi..hoho..

sebelum terlupa, selamat hari bapa, tapi tiada aku sudah tidak punya bapa di dunia, namun, insyaALLAH masih punya bapa di akhirat nanti...so, before i'm leaving, i'll share a new video from matluthfi90, so, enjoy the video, and never ever, under estimated your parent...orait..


*p/s: paling best, last part "aku faham kot, aku dah jadi ayah untuk adik2 aku dah 12 tahun dah" perghhh...

wallahu'alam...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...