Wednesday, June 29, 2011

Orang yang Ikhlas akan TERTINDAS?


Assalamua’alaykum,

Sekarang ni, dalam demam2 selsema dan batuk, sempat lagi menjengah buku karya Pahrol Mohd Juoi yang terbaru, iaitu Beduk Diketuk. Satu buku yang menarik, akan tetapi masih belum khatam sepenuhnya lagi, baru sampai separuh buku. Hehe~

Anyway, dalam salah satu tajuknya, buku ini menerangkan mengenai hati yang ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Ia diberikan dalam bentuk yang mudah, iaitu dalam bentuk cerita daripada pengalaman penulis mengenai  satu kursus yang pernah dikendalikannya.

Salah seorang peserta kursus adalah seorang kakak yang akan pencen dalam masa kurang setahun. Kakak ini meluahkan perasaannya, yang dia telah melaksanakan kerja dengan tulus ikhlas, akan tetapi, tidak mendapat balasan sewajarnya dari pihak pengurusan, kerana yang akan mendapat ganjaran, iaitu kenaikan pangkat dan gaji adalah orang2 yang pandai mengampu dan membodek.

Kemudian, penulis telah melanjutkan “sesi soal jawab” tersebut ketika mereka sama2 makan ketika waktu rehat. Penulis telah bertanya kepada kakak tersebut, mengenai anak2nya, dan diceritakan bahawa anak2 kakak tersebut telah berjaya, ada yang jadi arkitek, jadi jurutera dan sebagainya.

Kemudian, penulis mengajak kakak tersebut sama2 berfikir, bahawa ALLAH telah “membalas” keikhlasan dia bekerja (baca: yang tidak dilihat oleh majikannya) dengan mengurniakan anak2 yang berjaya dalam hidup, dan insyaALLAH, anak2 yang soleh dan solehah. Penulis menerangkan bahawa ALLAH pasti akan mengganjari hambaNYA yang ikhlas, mungkin kita ikhlas dengan seorang A, akan tetapi, ALLAH mengganjari daripada seorang B.

Contoh yang lain, (baca: yang selalu mak aku bagi), bila time trafik sesak (baca: traffic jammed), ada orang (baca: pemandu A) yang “terselit” kat kiri kita minta laluan depan kereta kita, kita pun beri dengan ikhlas hati, dan kemudian, kita pula dalam situasi “terselit”, dan kita memohon pertolongan orang sebelah kita (baca: pemandu B) untuk “menyelit”, insyaALLAH orang itu akan beri laluan, walaupun dia bukan orang yang kita tolong tadi. Jadi?...

Teruslah berkhidmat dengan ikhlas hati, walaupun tiada orang akan Nampak, walaupun kita akan terus ditekan (baca: macam kat tempat kerja aku juga), walaupun kita ikhlas mengajar, akan tetapi, untuk kenaikan pangkat, yang dikira adalah penyelidikan. Jadi, kita perlu seimbangkan antara pengajaran dengan penyelidikan. Eh melalut pulak, ayat tadi…

Teruslah berkhidmat dengan ikhlas hati, walaupun tiada orang akan nampak, tiada orang akan perasan, yang pasti, ALLAH pasti tahu niat ikhlas hambaNYA, dan ganjaran paling pasti (baca: insyaALLAH), pastinya di akhirat kelak. Di saat tiada orang lain mampu membantu kita, ALLAH pasti akan membantu kita dengan keikhlasan kita melaksanakan kerja ketika di bumi yang pastinya FANA ini…

Wallahu’alam…

Setiap perbuatan bermula dengan niat…

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...