Tuesday, June 14, 2011

hidayah ALLAH, siapa tahu?

Assalamu'alaykum,

hari ini, hari yang indah, aku cuma nak bercerita sedikit tentang apa yang terjadi tadi. tapi sebelum tu, hari ini sangat indah, kenapa ye? kerana selepas solat subuh dipagi yang hening, aku melepak2 dulu, kemudiannya, bila matahari sedikit memancarkan cahayanya (baca: dengan izin ALLAH), aku pun menggatal2 nak lap kereta. bukan apa, semalam, perjalanan dari JB-Melaka-Serdang telah menyebabkan kereta aku kelihatan sangat cool, kerana penuh dengan laluan air+debu+percikan lumpur di bahagian tayarnya. terima kasih banyak. kemudian, cantik je lepas aku habis mengelap, aku perasan, hari macam gelap, dan alhamdulillah, pagi ini, ALLAH memang nak sejukkan bumi Serdang, dengan menurunkan hujan dengan lebatnya! alhamdulillah...molek benar...tapi aku tak kisah, sebab memang selalu dah jadi.


anyway, sebenarnya, aku tak mo cerita pasal kereta aku yang cantik tu (baca: walaupun memang cantik, pujaan hatiku), tapi nak cerita pasal satu blog yang aku layari tadi. giler sangap buat laporan yang tertangguh, orang suruh hantar 1 jun, aku baru start menaip 14 jun. giler terlupa. adei...matilah..

apapun, kembali ke topik utama, tension membuat laporan, aku "tersampai" ke satu blog ni (baca: dah terlupa pun macamana boleh sampai..haha). yang menariknya, entry dari pemilik blog bermula dengan kisah dia makan satu jenis makanan ni, kemudian, sakit perut...dan kemudiannya, dah ok sikit sakit perut dia (baca: aku malas nak menulis dengan detail, haha). dan akhirnya, dalam proses dia balik ke rumah, (baca: aiseh, kena tulis detail gak). dari tempat parking keretanya, perut dia kembali memulas, dan kali ini, dah kat hujung2 (baca: ayat tak senonoh, sorry ye), dan dalam nak naik lif yang sangat lambat, dia decide naik tangga je.

kemudian, selepas berjaya masuk dalam rumah (baca: dalam jamban sebenarnya), dia terfikir,

Selepas peritiwa ala-ala nak tercabut nyawa tu, aku mula terfikir. Kalau itu lah aku boleh sama kan dengan 'proses cabut nyawa', macam mana lah perasaan, kalau proses cabut nyawa yang sebenarnya.
Gerun.

owh....hidayah ALLAH...siapa sangka? dan dengan peristiwa keterkincitan ini, dia telah mula bertudung, ia, dia telah mula bertudung...alhamdulillah.

sekian entry hari ini, nak sambung menulis laporan yang tertangguh (baca: adeii....)

wallahu'alam...

1 comment:

hazwani sis said...
This comment has been removed by the author.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...