Tuesday, June 28, 2011

Bedah Buku: Offline dengan Syaitan


Assalamu’alaykum,

Jadi minggu lepas, actually dua minggu lepas, aku berjaya menghabiskan buku (baca: akhirnya) Offline dengan Syaitan, karya saudara Zulkifli Khair. Aku sebenarnya telah mengenali penulis buku ini sejak 2-3 tahun sudah, di mana beliau telah menurunkan ilmu “penulisan berita” kepada aku, kerana ketika itu, aku “agak rajin” (baca: banyak pergi) laporan mengenai program2 dan peristiwa yang berlaku di sekeliling aku. Agak pelik bukan, aku menulis laporan berita. Haha, tapi itu kisah dahulu…

Buku Offline dengan Syaitan ini merupakan karya kedua saudara Zulkifli Khair, yang mana pada bahagian awalnya, ianya lebih tertumpu kepada pengenalan kepada Syaitan. Ia, benar, PENGENALAN KEPADA SYAITAN. Pelik bukan, kita nak “menjauhkan diri” daripada syaitan, tapi penulis telah mengambil pendekatan untuk mengenali syaitan lebih dalam lagi. Bukankah ada pepatah, “lebih kita kenal seseorang, kita akan lebih berhati2 atas keburukannya” (baca: pepatah ni aku baru je terfikir tadi, haha~~). Takpe, blog ni takde orang baca pun, bolehlah mengomel sesuka hati…

Dengan pengenalan kepada syaitan dengan lebih jelas, ia akan memberi input, apa kelebihan (baca: kelicikan) syaitan2 tersebut, dengan diketuai oleh “pengsyaitan terbesar”, iaitu IBLIS laknatullah…ada syaitan yang tujuannya untuk memecah belahkan suami isteri, ada yang menarik2 orang untuk “rajin” membeli belah, dan banyak lagi.

Dan kemudiannya, buku ini memberikan panduan untuk mengelakkan diri dari hasutan dan bisikan syaitan durjana ini. Kaedah2 yang simple, terutama berzikir, membaca Al-Quran, dan mendekatkan diri kepada ALLAH, menjadi kata kunci penting, dan merupakan perkara yang akan menyakiti syaitan.

Semoga dengan pengenalan dan kaedah perawatan hasutan syaitan, ia akan dapat membina jati diri seorang muslim sejati, dan semoga ia mampu menjadi pembantu dalam kita mendekatkan diri kepada ALLAH, yang antara pengakhirannya adalah, menjauhkan diri daripada syaitan, seterusnya, OFFLINE DENGAN SYAITAN dalam hidup kita…insyaALLAH..

Wallahu’alam…

1 comment:

zhk said...

Terima kasih Sdra Zakri. Moga Allah anugerahkan kesihatan dan keceriaan buat seluruh ahli keluarga Zakri. Daripada Zulkifli Khair http://blog.hikmah4u.com.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...