Thursday, May 19, 2011

Bedah Buku: ISK - satu pendekatan menarik

Assalamu'alaykum,

baru semalam menghabiskan buku Ini Sejarah Kita (baca: ISK), yang menjadi pujaan beberapa orang teman satu ketika dulu. satu modul pembangun diri yang berdasarkan sirah/sejarah umat ISLAM terdahulu. dengan susur galur secara ringkas mengenai permulaan ISLAM, kebangkitan ISLAM, dan perluasan ISLAM ke hampir seluruh muka bumi ALLAH ini...


buku ISK yang dikhabar-khabarkan...

dulu2, selalu terasa hati juga dengan ISK ni. yelah, ada yang sampai taasub, hingga kita yang tidak mengikuti modul ini, terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena, sebab ketaksuban pada modul, bukan pada ISLAM...pelik kan? tapi itulah dia diriku...takkan berpegang tanpa dapat tahu sesuatu disebalik apa yang berlaku..

dan selepas lebih 6 tahun (baca: kot), akhirnya terbuka hati untuk membeli dan membaca buku putih ISK ni. dan alhamdulillah, isinya sangat menyentuh hati, dan menerbukakan (baca: membuka pemikiran). ia juga menunjukkan sistem pemerintahan yang mementingkan kemajuan, ketika era Abbasiyah, yang mana ilmu telah dibawa ke peringkat yang lebih tinggi, dan membuka ilmu untuk terus dikaji dan dikaji oleh orang2 "barat" selepas itu...

orait, cukup dulu bedah buku kali ini..hua hua

1 comment:

Al-Fateh said...

Salam.... best buku ISK ni..leh dapatkan melalui akhi azrin..hehe
atau Fbnye GR-Engr Mohd Azrin atau juga di blognye http://halaqahborneo.blogspot.com

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...