Wednesday, May 11, 2011

aktiviti seminggu

Assalamu'alaykum,

wahhhhh...agak lama tidak mengemaskini (baca; update) blog ini. sebab apa ye? sebab banyak sangat aktiviti yang perlu dilaksanakan. wah wah...hebat bukan? sampai tidak berkesempatan kemaskini langsung. walaupun idea mencurah2. akan tetapi, apa guna idea berlambak, mencurah2 andai kata tidak dapat di"realisasi"kan dalam bentuk yang lebih molek? seperti penulisan atau presentation?


anyway, itu boleh diceritakan dalam blog satu lagi, bab menyampaikan apa yang tersimpan...

mm...2 minggu lepas (25 - 27 April 2011) adalah minggu struggle untuk peperiksaan akhir. dan alhamdulillah, result dah keluar. walaupun tidak memuaskan, tapi alhamdulillah, syukur masih mampu bersaing dengan yang lain2. subjek GPS kurang sedikit, akan tetapi subjek Research Methodology sangat membantu dalam penyediaan research (baca: proposal + review paper). masih lagi melihat2 dan membaca nota2 research method untuk menyediakan diri untuk buat penyelidikan yang tidak pasti ini (baca: the unknown journey).

anyway, usai peperiksaan, pulang ke JB bersma adik, tidur hanya semalaman di JB. hari berikutnya, bertolak ke Melaka, untuk pertemuan semula rakan2 persekolahan dulu (baca: reunion) selepas lebih 11 tahun tidak bersua (baca: sebahagian sahaja) muka-ke-muka (baca: face-to-face).
first reUnion after 11 years...

dan minggu seterusnya, pulang sebentar, menautkan ukhuwwah kekeluargaan di Terengganu. balik sekejap, untuk melepaskan rindu, dan jumpa semula family yang lama tak jumpa. anak2 pun tak pernah jumpa lagi moyang mereka...insyaALLAH, kalau takde aral, ke Labis pula hujung minggu ini..di Terengganu cuma 4 hari. campur mabuk naik bas+penat, hanya 2 hari je betul2 rasa duduk Terengganu tu. lagi2 dengan kerenah anak2 yang berjumpa pakcik sedara (baca: yang seusia). dan tok2 sedaranya. ligat sungguh.

wallahu'alam

seterusnya pula kisah tentang Qolloqium yang berlangsung 3 hari, bermula hari ini (baca: rabu) hingga jumaat

1 comment:

Unknown said...

pehhpehhpehh.melaka.tahniah.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...