Wednesday, April 13, 2011

Keperluan penguasaan asas bahasa arab

Assalamu'alaykum,

sejak dua menjak ni, kedengaran kembali penggunaan pelbagai istilah bahasa arab dalam kehidupan seharian. dan semuanya menunjukkan bahawa terdapat minat yang mendalam dalam memahami bahasa Al-Quran ini. satu perkembangan yang sangat baik dalam meningkatkan tahap multi-language (baca: mulut pelbagai bahasa) dalam kehidupan seharian.


namun, kadang2, ada yang terlupa, bahawa rakan2 yang ramai itu, ada yang tidak memahami bahasa Arab spoken yang kita cakapkan itu. kasihan mereka (baca: termasuk gua, haha). tak mengapa untuk menggunakan bahasa yang indah ini, namun, perlu ditambah sedikit maksudnya dalam penulisan dan permesejan (baca: sms).

baru semalam, ada seorang sahabat, ketika awal2 bersama kami, dia kepelikan (baca: kehairanan) kerana dia mendapat mesej: "itu bukan saya punya, afwan". dan dia pun bertanya pada diri sendiri, siapakah gerangan si rakan bernama afwan, tanpa disedari, afwan adalah bermaksud "maaf" dalam bahasa arab. kasihan sahabat tersebut (baca: padan muke~).

jadi, pengajarannya? mudah sahaja, kalau nak menggunakan bahasa yang berlainan, bahasa Arab, English (baca: mat salleh speaking), German, Scottish, or what ever bahasa that you all love, please, and again, please, kasi sedikit terjemahan. kasihan kepada sahabat-sahabat yang belum memahami (baca: termasuk gua sendiri..muahahahaha~), dan semoga dia juga dapat memahami, dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.

bak kata Ustaz Hasrizal, dalam buku Secangkir Teh, Pengubat Letih:

" Bahasa itu ialah sesuatu yang pergi, Engkau tinggalkan ia, ia tinggalkan engkau"

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...