Friday, April 01, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah - bedah film (1)

Assalamu'alaykum,

sepertimana yang kita tahu, filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" telah berjaya menawan hati ramai penggemar filem (baca: dan bukan penggemar filem) melayu sebelum ini, atas jalan cerita yang mudah, ditambah dengan komedi yang tidak berlebihan (baca: berbanding filem Zomba, eh silap, Zombie Kampung Pisang).


jadi, dalam entry kali ini, nak tunjuk satu bahagian je. iaitu ketika Kak Limah muncul di perjumpaan (baca: rapat umum) Kampung Pisang.


pada minit ke 12:01 hingga minit 12:08, pemuda sehat tersebut terlalu takutkan hantu Kak Limah, dan sepatutnya dia membaca ayat kursi, akan tetapi, apa yang berlaku, dia telah membaca "niat solat dzuhur". kalau perasan. "Usolli fardhar zuhrin arba'a raka'atin lillahi ta'aala"...selepas dengar dengan penuh khusyu' (baca: pasang headphone, pasang kuat2 baru dengar), baru perasan.

perkara ini macam kelakar, tapi itu yang biasa terjadi bila kita tidak biasa dengan ayat-ayat2 biasa, seperti ayat kursi, dan doa2..bila keadaan memerlukan, habis semua doa yang tidak diketahui asal usul pun keluar. kalau memang telah biasa membaca, insyaALLAH, bila keadaan terpaksa dan memerlukan, ayat kursi, dan lain2 doa, akan keluar dengan mudahnya...

wallhu'alam...pendek sahaja kali ini, lain kali akan tambah lagi bedah filem...jangan tamak2...

2 comments:

Unknown said...

apa yang keluar dari mulut.itu la apa yang ada dalam hati?

Unknown said...

betul betul betul

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...