Wednesday, April 27, 2011

Exam lagi: pengajaran dari sebelumnya

Assalamu'alaykum,

jika hari isnin yang lepas, peperiksaan akhirnya dijawab tidak penuh, kerana halangan yang pelbagai (baca: aku kena migrain rupanya), insyaALLAh peperiksaan petang ini, akan ku jawab dengan penuh dedikasi. kali ini persediaan (baca: siap sungguh) peperiksaan lebih mantap. dengan nota kaki tambahan, hafalan yang bertambahan, dan juga ada peta minda, ringkasan kepada keseluruhan subjek. menarik sungguh, setelah lama tidak dibuat.



chapter 1: Global Positioning System (GPS)
peta minda untuk keseluruhan subjek. buleh dimuatkan dalam satu peta minda saja. mudah  kan!
alhamdulillah, akhirnya dapat menyiapkan satu peta minda (baca: bukan peta navigation) ringkasan kepada keseluruhan subjek. tapi masih perlu melihat kepada setiap nota untuk detail. hehe.

apapun, selepas berusaha bersungguh2, dengan bersengkang mata semalaman, bertungkus lumus dengan pelbagai aktiviti akademik, akhir sekali, jangan lupa untuk berdoa dan berharap, agar ALLAH memberikan yang terbaik buat kita. cemerlang, dan tidak akan membawa pada sombong diri....

mari berusaha~ terutama rakan2 se"BADR", mari mengecap rahmat ILAHI dengan study ini, dan adik2 yang sama2 berperiksa (baca: jawab peperiksaan), semoga ALLAH mudahkan usaha kalian. walau sibuk pun, jangan di"last minute"kan study...bacalah walau sedikit sedari awal...

wallahu'alam

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...