Friday, April 15, 2011

Bedah Buku: Secangkir Teh, Pengubat Letih


Assalamu'alaykum,

minggu sudah, penulis berjaya menghabiskan buku Ustaz Hasrizal: Murabbi Cinta yang banyak menyentuh mengenai perhubungan antara ibubapa dan anak-anak, serta kaedah dan cara yang boleh dipraktikkan dalam mendidik dan melahirkan insan yang soleh, insyaALLAH.

Selepas usai membaca buku tersebut, penulis telah pun meneruskan pengembaraan pembacaan dengan membaca buku, juga karangan Ustaz Hasrizal: Secangkir Teh, Pengubat Letih...

buku Secangkir Teh, Pengubat Letih adalah catatan kembara seorang pelajar, muslim, dan dai'e ke bumi Khilafah, iaitu Turki. Di mana, di awal penglibatannya ke sana, beliau telah diperkenalkan kepada Turki oleh orang tua (baca: senior) tempat pengajiannya di Jordan. Senior beliau telah pergi ke Turki sebanyak 4 kali sepanjang pengajiannya, dan ini mengundang rasa pelik (baca: janggal), kerana kenapa seniornya tidak ke bumi Jordan sahaja? Tempat menarik masih banyak (baca: berlambak2) di situ.

Akan tetapi, selepas kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Turki, barulah beliau faham, akan keunikan bangsa Turki. Ketika itu (baca: 1995 – 1998), Turki adalah sebuah negara yang subur dengan ISLAM, Hafiz terdapat beribu-ribu, malah mungkin mencecah jutaan orang di sana. Seawal umur 8 tahun, mereka akan mula menghafaz (baca: dan dihantar untuk menghafaz). Dan antara sahabat Ustaz Hasrizal, iaitu Fatih, juga merupakan seorang hafiz.

Kembara ke bumi Turki menyaksikan persaudaraan atas nama ISLAM, sangat kuat. Hinggakan tinggal di hotel tidak dikenakan bayaran. Budaya yang berbeza, telah diteliti dan dihayati oleh ustaz hasrizal, untuk mencari makna, ERTI HIDUP PADA MEMBERI.

Kembara yang unik, dari perspektif bukan-seorang-pelancong, telah menunjukkan perkara yang berbeza dengan kebiasaan travelog “pelancongan” yang lain. Walaupun ke bumi yang sama~

sekali lagi, terima kasih kepada Ustaz Hasrizal kerana membuka mata kepada ufuk yang lebih luas, dan kredit kepada bukuonline2u.com atas kemudahan pembelian yang ditawarkan. Moga ALLAH terus membantu kalian dalam menjejak dan berdakwah kepada manusia amnya, dan kepada umat ISLAM di Malaysia khususnya..

wallahu'alam...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...