Tuesday, April 12, 2011

Bedah buku: Rumusan "Murabbi Cinta" - saifulislam.com

Assalamu'alaykum,

so, malam semalam, baru je habiskan pembacaan (baca: membaca) buku karya ustaz Hasrizal, atau lebih dikenali dengan abu saif, ustaz saifulislam.com. karya berkenaan CHENTA (baca: lebih kepada saluran yang benar), telah memasuki buku yang ketiga selepas AKU TERIMA NIKAHNYA dan BERCINTA HINGGA KE SYURGA. kredit to bukuonline2u.com kerana promosi berterusan yang berjaya melelehkan air liuq otak (baca: akibat ketagihan membaca), hingga proses penahanan berjaya disempurnakan dengan pembelian pada 2 minggu yang lalu, dan telah diterima hari sabtunya.

buku ini berkisar pendidikan kepada keluarga, dari suami, kepada isteri, dan seterusnya anak2..tidak dilupakan, kepada rakan-rakan semuanya. rakan2 suami, rakan2 isteri, bahkan rakan2 anak2. kenapa sampai anak2? pastinya ada kisah yang besar di sana.

buku ini sangat sesuai untuk rakan2 yang ingin berkenal-kenalan dengan hidup couple (baca: disindir secara sinis), dan kehidupan suami isteri yang tidak sepatutnya ada perkataan SEPATUTNYA. SEPATUTNYA awak sebagai isteri....SEPATUTNYA awak sebagai suami...dan lain2 SEPATUTNYA...

dan akhirnya, penulis buku mengajak pembaca untuk berfikir, sekiranya berlakunya sesuatu musibah, tak perlu di renung jauh, dicari hikmah tak tentu hala, tetapi, lihat semula hubungan antara kita, antara anak-ibu-bapa, antara suami-isteri, adakah ada silap dan salah kita pada mereka? hingga ALLAH balas "dosa" secara tunai kepada kita?

wallahu'alam...sedikit je, sebab nak promote baca buku ni..sila baca ye...

*p/s: sedang membaca "Secangkir Teh, Pengubat Letih", karya penulis yang sama....nyum nyum

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...