Saturday, April 16, 2011

Bedah Buku: Dalam Mihrab Cinta


Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, ketika entry ini ditulis, penulis sedang dalam perjalanan pulang ke bumi Johor Bahru. Sementara menunggu mata mengantok, penulis ingin berkongsi mengenai satu lagi buku yang telah dibaca dalam masa yang sangat singkat, selama 1 hari sahaja. Sebab apa? Mmm...mungkin sebab ianya adalah novel, dan juga ia perlu cepat dibaca untuk mengelakkan pertembungan emosi yang terlalu mendalam dalam menghayati novel ini..

novel yang dimaksudkan adalah novel “Dalam Mihrab Cinta”, karya Habiburrahman El Shirazy. Secara dasarnya, penulis tidak berapa berkenan dengan penulis buku tersebut, kerana mungkin sudah kurang minat dalam pembacaan novel. Kerana melebihkan kepada pembacaan bacaan2 ilmiah seperti yang telah dilakukan dalam entry-entry sebelum ini.

Apapun, novel ini secara dasarnya bercerita mengenai tiga (baca: ye tiga) dalam satu novel. Pertamanya mengenai seorang gadis yang menjangkau umur lanjut, dan masih tidak berkahwin, dan diuji dengan ujian jodoh. Ada yang duda, bujang, bahkan suami orang. Namun semuanya ditolak. Dan sampai satu detik, seolah2 jodohnya sudah pasti, akan tetapi musibah melanda. Akhirnya? Silakan jemput membaca novel yang menarik ini. (baca: tapi bukan untuk saya)

kisah kedua mengenai seorang pelajar di pesantren, yang dituduh mencuri oleh pengawal pesantren, kerana telah di perangkap oleh rakan sepesantrennya. Lalu dia dibelasah, dan dihalau keluar. Dia kemudiannya merantau ke tempat lain, dan telah mencuri! Sepertimana yang telah dituduh sebelum ini (baca: seolah2 melepas geram). Namun, satu ketika, hasil curiannya telah mengundang persoalan, dan daripada seorang yang dituduh mencuri kepada seseorang yang baik peribadinya, dan akhirnya, dia dipertemukan kembali dengan rakan yang memerangkapnya dahulu. Apa akan terjadi? Pastikan anda membaca novel ini...

dan kisah terakhir, adalah kisah yang saya anggap paling menarik. Seorang lelaki, yagn telah kehilangan keluarganya, merantau ke Kuala Lumpur, untuk mengubah nasib diri, setelah diberi nasihat oleh Kiai di Batam. Dalam perjalanan, lelaki tersebut telah berkenalan dengan seorang wanita, yang juga bekerja di Kuala Lumpur. Selepas beberapa insiden, lelaki tersebut melanjutkan pelajaran keperingkat Master, sambil bekerja di mana jua yang mampu memberinya pendapatan. Pertemuan semula dengan wanita yang menolongnya, telah menyebabkan jiwa muda itu tidak keruan. Dan lebih hancur luluh, apabila diketahui, seisi rumah sewa wanita tersebut adalam pelacur, dan kisahnya termuat dalam akhbar. Habis pengajian, pemuda itu masih belum juga berkahwin, dan meminta rakan baiknya mencarikan jodoh untuknya. Hasilnya, dia berkenalan dengan seseorang di Indonesia. Berkahwinkah dia? Temui jawapannya dalam novel ini..

wallahu'alam.

*p/s: saya akan cuba minta kerja di karangkraf, untuk bahagian promosi novel. Hua hua hua...pstt...bedah buku yang ini, khas buat Paley..hua hua..

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...