Wednesday, April 06, 2011

"Bateri keretaku diganti baru" sequel "Bateri keretaku habis??"

Bateri GP Atlas yang baru diganti. bateri kering.
Assalamu'alaykum,

hari ini terasa sangat betapa ukhuwwah itu memang sepatutnya juga menjadi teras tarbiyah...kenapa ye? owh, hari ini, ALLAH telah menurunkan (baca: memberikan) ujian kepada hambaNYA yang seorang ini. bak kata pak usin dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah: "begitulah flash back saya"


awal pagi tadi, niat untuk ke lab berkobar2, walaupun mengantok, tapi digagahkan juga untuk bersiap. dalam kepekatan dan hening pagi, sambil membasuh baju (baca: mesin basuh tolong basuhkan), diri sendiri bersiap-siap untuk ke lab. dan selesai urusan berkaitan, penulis pun pergi ke kereta (baca: helang emas) untuk memanaskan (baca: menghidupkan) enjin. bila butang alarm dipicit (baca: tekan), tiada bunyi yang keluar, dan tiada reaksi dari kereta (baca: alarm tak berbunyi), lantas hati terdetik: "ALLAH, pastinya bateri dah kong ini".

lalu, setelah dibuka pintu kereta, memang sah...alarm tak bunyi...dan bila dimulakan (baca: start), langsung tiada bunyi (baca: klik). dalam hati: "ALLAH, ujian di awal pagi". dan setelah berbincang2 dengan sahabat2 dalam rumah, awok pun terus mencari wayar jumper, untuk cuba-cara (baca: test) kalau2 boleh jumper. cuba2 jumper dengan taufik dan harith, namun tak berjaya. last2, bateri dicabut, masuk dalam kereta Viva, terus ke kedai, beli bateri baru, dalam RM170. Alhamdulillah, bateri lama boleh jual (baca: tolak), dapat rm160. orang mesti tanya, RM10 je? oklah, daripada ditambah cas+bateri terbiar kat rumah (baca: tersadai je)....

jadi, balik ke rumah balik, bateri dipasang comey2 (baca: rujuk gambarajah bateri GP: bateri kering). dan akhirnya, kereta kembali mengaum...alhamdulillah...syukur bateri kereta cuma 1 je. kalau bateri tu kena beli 2 ke, 18 ke mesti naya (baca: aku makan rumput je bulan ni).

dan terima kasih kepada 2 jejaka tersebut;
comey dan anggun, cuma latar belakang je tak comey..hua hua
terima kasih sekali lagi kepada Taufik dan Harith, sebab tolong jumper, kilatkan tayar (baca: sempat lagi sambil2 jumper kereta tuh), tolong hantar ke kedai bateri, pastu tolong pasang balik bateri. cuaca sangat panas masa tu, dalam jam 10-11.30 pagi. memercik2 peluh mereka..moga ALLAH membalas jasa kalian..

amin...


wallahu'alam.

kesimpulan? pastinya, kalau tinggalkan kereta lama2, pesan kepada rakan2 untuk tolong mulakan dan panaskan (baca: start and stabilize) enjin kereta dulu ye...percayakan sahabat2 enda...

1 comment:

M.r.B.zaCk said...

Huhu.. Den pon baru tuko....