Wednesday, March 30, 2011

Spammers

Assalamu'alaykum,

spam di facebook~
akhir2 ini, banyak kes spam dalam facebook. ianya bermula dengan email lagi, ketika email dipapar untuk tujuan akademik dan networking, tiba2, email diterima (baca: tidak dijemput) entah dari siapa, dan dari mana. dan bertujuan untuk mengumpulkan banyak perkara.


dan kini, spammers2 mula mencari rentak di facebook. walaupun tidak secara direct hack akaun, akan tetapi, ia telah menyebabkan wall facebookers (baca: pemilik akaun facebook) dipenuhi dengan pelbagai perkara yang tidak senonoh. lebih2 lagi, spam tersebut, adalah spam berbahasa melayu. memang bijak, akan tetapi, kebijakan itu disalah guna pula. mmm....(baca: dengan muka berkerut)

anyway, penulis sendiri pernah dispam, lebih tepat, di hack akaun facebook. satu malam di bulan januari, ketika itu sedang online (baca: main internet), dan akaun facebook dibuka, akan tetapi chat room ditutup (baca: penulis tidak suka chat di facebook), akan tetapi, komputer berbunyi seperti chatting sedang berlangsung (baca: ada orang chatting), lalu penulis pun mencari sumber bunyi tersebut. dan akhirnya, perasan di facebook, chatting sedang berlangsung antara penulis (baca: tanpa menyentuh keyboard), dengan seorang sahabat. lalu cuba offkan chat room, tapi ianya tetap berlangsung, lantas penulis pun offline, dan online semula. dan betulkan beberapa perkara, tukar password dan sebagainya (baca: berlaku pertarungan yang sengit)

akhirnya, masalah itu selesai. akan tetapi, penulis perlu message semula kepada sahabat tersebut, menerangkan kembali keadaan sebenar. yang ada manusia yang hack akaun facebook utnuk disalahguna. tapi tak mengapa, sebab sahabat itu pun faham. dan kali ini, security akaun facebook telah ditambah. dan kali ini, lebih berhati-hati. dan rasanya, orang yang hack, adalah rakan2 yang dikenali, sebab isu yang dibincangkan adalah isu sensitif (baca: sensitif, tidak boleh diceritakan)

so, moral of the story, berhati-hati dalam bermuamalat di alam maya. dengan akaun sosial, email, lagi2 dengan akaun online banking (baca: ini paling penting). dan hati2 atas website yang perlu mendaftar dengan maklumat peribadi. kalau perlu, tanya pendapat rakan2 mengenai sesuatu website.

so, lastly, enjoy the vid...from baba ali (baca: the Ummah Film)


No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...