Friday, March 11, 2011

perjalanan itu~

Assalamu'alaykum,

Pintu Masuk Utama Melaka Sentral

hari isnin yang lalu, penulis membantu family mertua menghantar adik ipar ke merlimau, Melaka, dan melihat sendiri "kesejukan bahang PRK" yang baru berlalu hari sebelumnya. dan kelihatan jalan yang sebelum ini berlopak2, dan mempunyai hidupan mikro, telah dihilangkan dengan signifikan sekali, hingga "pakar mengelak" lubang (baca: ayah mertua) berbunyi, "sebelum ini jalan ni berlubang2 nih"...antara bahang PRK yang baru berlalu gamaknya..

lantas, selepas itu, penulis pulang sendirian ke serdang menaiki bas, dari Melaka Sentral, satu Sentral yang hanya ada bas, henti2 dan bas ekspres. menarik, kerana melalui tempat yang tidak pernah lalu, jadi agak seronok...

dan semalam, berjalan2 bersama adik2 tersayang, meraikan mereka. adik2 yang berjauhan dari family, memberikan sedikit semangat, sambil berjalan2...walaupun cuma sekejap (baca: banyak masa dalam kereta je), tapi sangat signifikan, untuk memberikan semangat, dan menghilangkan rindu kepada family, walaupun sebentar...insyaALLAH minggu akan datang, mereka akan pulang ke rumah...
anyway, dalam kesibukan, dan "kelebaman mata" (baca: letih baca jurnal), masih lagi sempat online, tapi bukan kerana ingin main2 internet, tapi lebih kepada mencari satu buku motivasi untuk penyambung2 PhD (baca: student PhD), iaitu buku "PhD: Kecil tapi Signifikan" karya Prof Dr Muhd Kamil. buku yang sekian lama dicari (baca: sejak disember 2010), masih belum ketemuan. puas dah dicari di toko (baca: kedai) buku, online, malah penulis telah bertanya sendiri kepada Prof Dr Kamil, dan dia juga tiada lagi simpanan buku tersebut. jadi, penulis perlu berusaha keras untuk mendapatkan buku tersebut. jika2 ada sesiapa yang boleh pinjamkan sementara buku tersebut, penulis sangat2 berterima kasih. pinjaman sementara sahaja...insyaALLAH tak lama..hehe~
orait, antara update terbaru. akan diupdate kemudian lagi...

2 comments:

Unknown said...

pehh.pergi merlimau seh.hantar siapa?aa.

Unknown said...

hantar orang sehhh....

tak boleh bagitahu..hua hua~

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...