Wednesday, March 16, 2011

menjaga kesihatan yang diabaikan

Assalamu'alaykum,

bilik Dr yang comey
kesihatan satu istilah yang sedikit menakutkan bagi sesetengah orang, lagi2 kalau tahap kesihatan mereka adalah kurang daripada yang sepatutnya...jadi, mereka agak takut untuk menghadapi "permasalahan" (baca: penyakit) mereka sendiri...

walaupun kita menjaga kesihatan diri kita, dari luar dan dalam, akan tetapi, jangan lupa untuk menjaga kesihatan seisi keluarga juga...kenapa? kerana mereka juga perlukan penjagaan, walaupun semuanya sudah besar panjang (baca: dewasa, akil baligh), kerana sebagai manusia, ada saat dan ketika, kita akan disibukkan dengan pelbagai perkara, samada berkaitan kerja (baca: overtime, dekat dateline), belajar, atau mungkin dengan masalah2 lain.



Afifah dan Amni sibuk nak main dalam klinik
dah seminggu amni dan afifah selsema+batuk2 teruk, tapi cuma diwaktu malam sahaja, jadi, kami mengambil keputusan untuk membawa mereka ke klinik pakar kanak2 di Taman Tun Aminah. dan hari itu (baca: Sabtu pertama cuti sekolah), klinik agak penuh dengan anak2 kecil yang sakitnya pelbagai dan ibubapa yang kerisauan dengan sakitnya si kecil itu...

ada yang sakitnya demam panas, ada yang selsema tak pulih (baca: seperti amni), ada yang demam campak luarbiasa (baca: ada bintat penuh di muka), dan lain2 lagi. dan yang paling risau, pastinya ibubapa sendiri.

akan tetapi, si afifah dan amni di klinik agak aktif, dan orang lain melihat seolah2 mereka tidak sakit pun. dan sebenarnya mereka memang sebegitu, aktif dan bersemangat sentiasa. lagi2 amni, kalau sakit sikit2, die akan aktif berlari dan bermain sahaja...dan sekiranya sakitnya agak berat, seperti demam agak panas, barulah die akan melepek (baca: melekat) pada uminya..

kawan baru afifah dan amni
dan di klinik tempoh hari, afifah dan amni sempat berkenalan dengan dua orang kawan yang abi-tidak-tahu-nama. dua beradik yang comey, dengan rambut lagi hebat bulu-balik (baca: serabut) daripada amni...dan sepanjang sejam di klinik, mereka bermain bersama2..alhamdulillah, afifah dan amni pandai bersosial, hehe~

wallahu'alam...walaupun amni dan afifah agak takut/segan dengan pakcik2 (baca: orang2 tua), namun dengan kanak2 lebih kurang sebaya, mereka akan sangat mesra...huhu...
ini....errr....lantai klinik

2 comments:

أم الليث said...

kihkih..layth terbalik...ngan orang besar mesra, ngan budak kecik tak nak

itulah petandanya kalau penyakit serius atau teruk ke tak. kalau kanak2 masih aktif dan main, maknanya takde la seriyes sangat sakitnya tu. it will pass. that is how paediatrician assess children.

zakri said...

afifah dan amni lain sikit..hehe...kalau dengan kawan2 sebaya, akan sangat2 seronok main...sampai biru2 bibir

mm...itulah, actually taknak hantar, tapi wanie nak juga hantar, sebab die yang jaga (ana di serdang), jadi dia lebih tahu tahap kesihatan dieorang. so, ikut jela...and after taking the medicine, dieorang terus hilang hingus+batuk2...kira ubat dr tu lebih baik...sebelum tu, dah 2-3 kali ke klinik panel, tak baik2, tu yang ke pakar..lupa nak tulis..hehe~