Thursday, February 10, 2011

SMS Halal JAKIM


SMS HALAL JAKIM Sistem Pesanan Ringkas(SMS) Halal JAKIM.


Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat halal. Dengan adanya sistem ini,

pengguna telefon bimbit boleh membuat semakan terus kepada JAKIM

berkenaan makanan, premis makanan yang mendapat sijil halal JAKIM.



Bagaimana menghantar SMS Halal JAKIM?

Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk menyemak, sila taip :

Taip halal [nombor kod bar] Contoh 'halal 9551234567891'

hantar ke '32728' ( DAPAT)

Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada JAKIM mengenai status semakan anda.

Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Sah

Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh

Sekiranya maklumat tersebut tiada di JAKIM,jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai

1 comment:

Unknown said...

ohh.nice la.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...