Wednesday, January 26, 2011

kadar ketinggian hormon?

Assalamu'alaykum,

adoila...walaupun baru 2-3 minggu dalam kesibukan lab, namun, terlalu banyak yang perlu dikejar, dan dipelajari...

anyway, sebenarnya dah beberapa kali nak post dalam blog, akan tetapi, idea tiba2 kering+teringatkan kerja yang berlambak2, jadi terputus selera nak menaip.....

so, walaupun dah berpindah ke serdang, namun masih banyak perkara nak dibuat, dan masih banyak perkara yang nak dikejar. dan tak sangka, walupun jadi student phd, masih perlu buat assignment...ayooo....boring...

anyway, insyaALLAh ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini, samada kita nak mencari hikmahnya, atau sekadar nak mengikut tanpa hala tuju...

orait, agak kepenatan, asik berulang alik drive kereta jb-kl, berat juga badan lama2 ni...siapkan assignment~~~ yohohoho..

Thursday, January 13, 2011

Spatial and Numerical Modeling Lab 2

Assalamu'alaykum,

wah...today i've been given a place in SNML, and today is my first time sitting in this lab, so hopefully, it will generate some idea+semangat to start off and get into gear one, and then to move on..

thats all..

Tuesday, January 11, 2011

Jaulah ke Melaka

Assalamu'alaykum,

sebelum ini, selalu termimpi2 untuk berjaulah, menziarahi kota melaka, dan kali ini, secara ekslusifnya telah berjaya menyampaikan diri ke bumi Hang Tuah ini. lebih manis lagi, bersama-sama family kecilku ini. alhamdulillah...

Monday, January 03, 2011

berhijrah

Assalamu'alaykum,

dah lama tak update blog, bukan sahaja blog, facebook pun jarang2 update, padahal boleh je letakkan satu line; "saya update facebook", tapi tetap tak boleh....jadi keadaan dah jadi bertambah rancak, dengan pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan seiring dengan perkembangan dan percambahan minda....

kali ini, apa yang perlu dilakukan adalah untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi, iaitu peringkat doktor falsafah. dan alhamdulillah, seminggu nan lalu, telah berjaya mendaftarkan diri di salah satu universiti tempatan (sahaja), setelah bertarung dengan pelbagai pihak untuk meneruskan pengajian, selepas tersangkut selama lebih dua tahun...alhamdulillah...

tiba di sini, terus bersama dengan saudara arizam yang baru menikah, last two weeks...dan kemudian, hari ini, berjalan sebentar bersama saudara aqib, makan tengahari sahaja. sebab kepenatan, tak larat lagi...perjanjian dengan pihak tuan rumah, untuk melihat2 rumah sekitar seri kembangan, pada petang ini, selepas waktu asar, lepas waktu kerja juga...

anyway, ikhwah sangat baik melayan, dan inilah dia keindahan dan kemanisan ukhuwwah yang terjalin kerana ALLAH, bukan kerana wang ringgit atau pangkat dan kedudukan....tak bersungt, dan mengharapkan yang terbaik buat rakan2 yang lain...

wallahu'alam...saja nak update sikit...perihal diri yang telah mula berchouti...hehe