Wednesday, December 28, 2011

Lagu: Aku Maafkan Kamu (Malique dan Jamal Abdillah)


Assalamu’alaykum,

Bro, lu dah dengar lagu Aku Maafkan kamu? Hoh, best bro..giler songsang, eh? (baca: sila baca dengan nada sangat terkejut, LOL~). Lagu ini mungkin, sekali lagi, mungkin bertujuan untuk menerangkan keadaan seseorang yang tidak melalak (baca: mungkin menjerit) dalam menangani sesuatu isu. Eh? Macam ada kena mengena dengan isu semasa je? LOL~

buku apakah itu?


Assalamu’alaykum,

Perjalanan dari Johor Bahru ke Kl hanya mengambil masa kira-kira 3-4 jam sehaja, dengan laluan yang landai, sedikit naik dan turun bukit, dan tidak banyak laluan yang berliku serta tidak terlalu mendaki…

Thursday, December 08, 2011

Lab semakin kurang orang

Assalamu'alaykum,

minggu ini, merupakan minggu yang agak teruk bagi penulis, sebab tahap kemalasan+kepenatan yang agak maksimum, telah mengurangkan kadar produktiviti negara. eh?

Thursday, December 01, 2011

antara kasih sayang dan tanggungjawab

Assalamu'alaykum,

uh uh~ lama sudah tidak diupdate blog kesayanganku ini...

anyway, mungkin perubahan gaya hidup, menyebabkan topik yang dibincangkan tidak lagi sebest dahulu, dan mungkin juga fokus terhadap perkara yang lebih matang (baca: konon2)

akhir2 ini, ada beberapa rakan yang mula menjejakkan kaki ke Mekah, dan ada juga yang menjejak kaki ke arah kebaikan, dan ada juga yang menjejakkan kaki ke alam pernikahan, wow! hebat! (wozza~ dalam hati)

dan kali ini, akan disembangkan kes kaki2 yang telah, sedang, akan melangkah ke alam ke"suami"an seperti gua..

pernikahan tidaklah semudah yang disangka, ketika awal pernikahan dahulu, walaupun sangat seronok, dalam hati, sangat takut, sebab terasa satu beban yang sangat berat dipikul oleh bahu. macam ada satu batu besar gedabak (baca: batu yang sangat besar), yang seperti tidak mampu dipikul. tapi seiring dengan waktu, tanggungjawab yang dahulu terasa "sangat-sangat" berat, alhamdulillah, berjaya dipikul, dan dilaksanakan sikit demi sedikit...

ada yang sibuk mencari yang baik2 belaka, kerana ia adalah fitrah..memang cantik kan susunan ALLAH?

uh uh...tak sempat nak tulis panjang, ada artikel/jurnal yang perlu disiapkan..adei...banyak lagi nak kena baca, dan banyak lagi nak kena tulis...hoho~

Friday, October 14, 2011

Bedah Filem: Nasi Lemak 2.0

Assalamu'alaykum,

what? you watching that racist movie? LOL~ please lah, don't judge a film by its director (baca: past history) la. so, after holding my appetite to watch this movie for more than 2 weeks, and of course because i didn't allow myself to go watch any movie in the cinema, so, i need to wait until Astro First show it early this week.

anyway, back to the film, oh, actually i want to write it in Malay, so, sorry la ye..from here on, i'll write in Malay..LOL~

Wednesday, October 12, 2011

Bertemu Ramai Orang setiap Minggu

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah,
syukur, aku masih di sini,
syukur, aku bernafas lagi,
syukur, aku masih di sini, masih ada kuasa dalam tubuh ini..

Wednesday, September 28, 2011

ilham dari kereta membawa jenazah..great~

Assalamu'alaykum,

hari ini, dapat satu ilmu baru, dari tuan mayat, dari blog beliau, sangat menyentuh hati. walaupun nampak sangat2 simple, tapi itulah dia kehidupan, yang sebenarnya penuh dengan kasih sayang...

Thursday, September 22, 2011

posting yang boring - Epic Fail~

Assalamu'alaykum,

kembali ke sisi komputer lab yang berdiri teguh seumpama lidi dicucukkan di atas tanah. eh~


apapun, sesudah beberapa kejadian yang sangat Epik, maka entry kali ini akan juga menceritakan pasal kisah epik fail juga..ia dimulakan dengan bismillah~ (baca: dah lambat baru nak baca~) *fail*

Saturday, September 17, 2011

Teknologi cermin

Assalamu'alaykum,

dah lama rasanya tak post benda yang updated sikit..so, entry kali ini, khas untuk share teknologi yang diharapkan akan digunakan pada masa akan datang. actually, this video has been post in my fb wall long time ago, so, this entry will just repost, and also, we going to see what the development has been made until today. but this is as far as i know, maybe there's a newer technology that i didn't achieve yet..orait, here we goes..

Friday, September 16, 2011

jangan letak jack kereta kat lower arm!

Assalamu'alaykum,

Hoho, entry kali ini, agak berkaitan dengan entry sebelum ini. Jika sebelum ini, dengan sibuk melihat perkara2 yang kecil, kita akan terlupa untuk melihat masalah/punca sebenar masalah. Dan terjerumus dalam penglihatan nafsi-nafsi atau lebih jumud, sempit, kecik dan sukahati..eh silap…wozza~

Saturday, September 10, 2011

melihat yang kecil, purak2 tak nampak yang sebenar

Assalamu'alaykum,

apa khabar agaknya diri anda hari ini? terasa lebih bertenaga? dan mampu menghasilkan kungfu sejari? atau cuma mampu meleperkan lagi badan seperti lepernya tilam atau lepernya toto di rumah? wozza~

Thursday, September 08, 2011

Syawal 1432 hijrah yang menarik

Assalamu'alaykum,

sebelum bercerita tentang tajuk yang telah ditulis di atas, saya cuma nak mengagumkan diri dengan compose setting yang baru oleh enche' blogger ni. sungguh2 pelik. mungkin mudah, mungkin susah, dengan teknologi yang terkini ini.

okeh, cukup dulu bercerita tentang setting baru ini, wozza~

Wednesday, August 24, 2011

Puasa: Race againts time~

Assalamu'alaykum,

Ramadhan yang indah in telahpun memasuki fasa terakhirnya, iaitu 10 malam terakhir. dan pada saat dan ketika ini, hampir kebanyakan daripada Muslim, akan mula terasa bahang dan tekanan akhir ramadhan ini...

Friday, August 19, 2011

Puasa: proses mengawal diri

Assalamu'alaykum,

entry kali ini, akan ada banyak proses provokasi dalam aspek pengawalan diri, melalui puasa. so, entry ini tidak berbentuk tazkirah ringkas, atau panjang, hoho...wozaa~....so, entry ini juga akan menyentuh secara penuh berkenaan bulan ramadhan yang sangat best ini...actually entry kali ini, diupgrade dari post dalam facebook..wozaaa~

so, dalam kita memeriahkan tinggalan masa untuk berhari raya ni, ada tak kita bagi tumpuan lebih pada ramadhan kali ini? tak rasa best? rasa penat puasa je? macam hati kosong? penat je sepanjang hari? ngantok+rasa nak tidur je ke? gua terus terang, memang rasa mengantok, tapi yang lain tu, penat sangat, takdelah..depend pada hari2 yang berlalu, ada yang bersemangat, dari pagi ke petang khusyu' membaca macam2 benda..owh, aku penyelidik di peringkat awal, jadi kena banyak membaca. kalau tak banyak membaca, susah nak cari gap penyelidikan nih.

Wednesday, August 17, 2011

Isu-isu semasa: Membaca Ayat Quran dengan kuat di surau2

Assalamu'alaykum,

eh, aku bukan ilmuan ISLAM tersohor nak memberikan ijtihad atau fatwa berkenaan isu ini. aku cuma ingin menyampaikan, apa yang sebenarnya Ar-Rasul s.a.w telah sampaikan kepada umat Islam...aku cuma nak lihat Sunnah Ar-Rasul s.a.w tertegak je..takde niat lain..

aku bukan penyokong mana2 parti politik, malah aku tak suka keadaan politik di Malaysia yang tidak bersih. samada ada kerajaan, atau pembangkang...jadi, aku menyokong atas fakta, bukan auta..hoho...


okeh, ni aku copy paste juga apa yang telah dinyatakan oleh Mufti Pulau Pinang..

Wednesday, August 03, 2011

Berehat sebentar - tidur sekejap

Assalamua'alaykum,

wah wah...sudah hari ketiga ramadhan, alhamdulillah, masih diberikan kekuatan, tenaga dan ketenangan hati (baca: tak berapa tenang - cerita kemudian). banyak perkara berlaku, terutama dalam hari pertama ramadhan...

Friday, July 29, 2011

Permohonan Maaf buat semua pembaca

Assalamu'alaykum,

walaupun Harimau Malaya tewas kepada Singapura, namun semangat juang masih tetap berkobar dalam setiap anak watan Malaysia...(baca: ayat pujuk hati). anyway, entry kali ini bukanlah mengenai status perlawanan antara Malaysia dan Singapura sebentar tadi, akan tetapi, ingin membuat permohonan maaf secara terbuka.

Wednesday, July 27, 2011

kehilangan idea~

Assalamu'alaykum,

huh~ lama juga tidak menaip kembali dalam blog yang sangat2 dirindui (baca: oleh diri sendiri).

Tuesday, July 19, 2011

masyarakat yang tidak thiqah pada pendakwah muda -

assalamu'alaykum,

haha, kali ni aku cuma nak berkongsi satu kisah yang menarik. lebih2 lagi kepada ikhwah yang muda2, lagi bersemangat dakwah yang tinggi ni. dari satu segi, kelihatan kelebihan dan kekuatan seorang pendakwah berjiwa muda itu meluap2 dengan kelebihan berbanding dengan kekurangan..

Tuesday, July 05, 2011

kisah berehat sebentar: kes Taman Tasik Titiwangsa

Assalamu'alaykum,

sebenarnya, ada satu entry yang nak dipost, tapi dihold dulu, kerana peristiwa menarik petang tadi. kisahnya agak panjang, tapi kena juga ditulis, untuk pemahaman dan peringatan sendiri...hehe..ia bermula dengan perjalanan yang agak memenatkan hari ini, dari pagi tadi, bertolak dari Johor Bahru ke KL, sebelum itu singgah di Nilai untuk mengambil slip peperiksaan di USIM, dan kemudian ke UKM KL. tiba di UKM KL, jam telah menunjukkan waktu 5.30petang, dan bermaksud, ianya waktu traffic jammed yang sangat teruk untuk area KL dan sewaktu dengannya.

Friday, July 01, 2011

Sakit Hati dan Dengki


Assalamu'alaykuum,

sakit hati merupakan perkara yang sering melanda kita, dalam keluarga, di tempat belajar, di tempat kerja, dan sebagainya. Pelbagai perkara yang boleh menjadi penyebab kepada rasa sakit hati. Terutama sakit hati apabila ditekan, disiku, disekeh oleh orang yang rapat dengan kita, lebih-lebih lagi di tempat kerja.

Wednesday, June 29, 2011

Orang yang Ikhlas akan TERTINDAS?


Assalamua’alaykum,

Sekarang ni, dalam demam2 selsema dan batuk, sempat lagi menjengah buku karya Pahrol Mohd Juoi yang terbaru, iaitu Beduk Diketuk. Satu buku yang menarik, akan tetapi masih belum khatam sepenuhnya lagi, baru sampai separuh buku. Hehe~

Tuesday, June 28, 2011

Bedah Buku: Offline dengan Syaitan


Assalamu’alaykum,

Jadi minggu lepas, actually dua minggu lepas, aku berjaya menghabiskan buku (baca: akhirnya) Offline dengan Syaitan, karya saudara Zulkifli Khair. Aku sebenarnya telah mengenali penulis buku ini sejak 2-3 tahun sudah, di mana beliau telah menurunkan ilmu “penulisan berita” kepada aku, kerana ketika itu, aku “agak rajin” (baca: banyak pergi) laporan mengenai program2 dan peristiwa yang berlaku di sekeliling aku. Agak pelik bukan, aku menulis laporan berita. Haha, tapi itu kisah dahulu…

minggu selsema + batuk


Assalamu'alaykum,

minggu ni hanya bertapa di skudai dan senai sahaja, kerana sekeluarga diserang selsema yang agak teruk...tiga hari tak mampu berbuat apa2...best betul rasanya...best sebab tertinggal buat research. tapi alhamdulillah, berjaya meneruskan juga sikit pada hari khamis. dan hari jumaat, dapat mendengar talk daripada Dr Abbas Rajabifard. so, sedikit perluasan minda berkenaan research yang sedang dilakukan oleh Group Spatial Uni Melbourne. ada 3 research besar yang sedang dilaksanakan, antaranya adalah Mutopia....tapi takleh nak dedahkan lagi apa dalam research ni, sebab ia hak milik Uni Melbourne. so, sorry ye..

anyway, hari ni berehat (baca: boleh ke kata berehat?) di rumah sahaja, cuma keluar dua kali atas urusan keluarga. mmm.....amni masih lagi demam, mengikut jejak langkah ummi dan abinya...harapnya, akak tidak join sekali senarai panjang geng selsema tersebut..heh

orait...

wallahualam..

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Bapa

Assalamu'alaykum,

baru dua hari pulang ke pangkuan keluarga, akan tetapi, ahli keluarga yang lain sangat2 tidak sehat, dengan selsema dan batuk menyerang bonda tersayang, di samping seorang adik. selsema yang mencapai tahap penyebab kemalasan yang melampau (baca: selsema teruk, terbaring), mula menyerang sejak hari jumaat lepas. dan dengan keyakinan (baca: konon2 hebat) akan antibodi badan yang tinggi, selamba bergaul dengan bonda dan adik, dan akhirnya, family kecilku pula dilanda simptom selsema dan batuk.

Thursday, June 16, 2011

Mengantuk - perlu keseimbangan

Assalamu'alaykum,

hari ni, sangat mengantuk, i don't know why. mungkin effect dari semalam kot. tidor agak awal, jam 11 pm, tapi mungkin tak cukup, so, effect dirasa pada hari ini. adoi. masalah juga ni. dengan keadaan badan yang kekurangan rehat, ia akan memberikan tekanan (baca: stress) kepada otak dan badan, agar bekerja dengan lebih keras (baca: sebab sedikit lemah dari biasa, tenaga untuk perkara biasa berganda sedikit), dan akhirnya, akan membawa kepada perkara yang lebih buruk (baca: harapnya tidak begitu)

Wednesday, June 15, 2011

Angry Bird - aku pun main~

Assalamu'alaykum,

sorry pada peminat blog ni, kali ni aku cuma nak bercerita mengenai satu game yang popular (baca: aku dah terlewat), iaitu Angry Bird

Burung Pemarah yang dimaksudkan

Tuesday, June 14, 2011

pandai berbelanja

Assalamu'alaykum,

so, kali ni antara entry aku yang sedikit merepek. bukan apa, cuma nak kongsi salah satu cara berbelanja dengan jimat. oh, terlupa, ayatnya sepatutnya begini:
"salah satu cara berbelanja keperluan diri dengan jimat"

hidayah ALLAH, siapa tahu?

Assalamu'alaykum,

hari ini, hari yang indah, aku cuma nak bercerita sedikit tentang apa yang terjadi tadi. tapi sebelum tu, hari ini sangat indah, kenapa ye? kerana selepas solat subuh dipagi yang hening, aku melepak2 dulu, kemudiannya, bila matahari sedikit memancarkan cahayanya (baca: dengan izin ALLAH), aku pun menggatal2 nak lap kereta. bukan apa, semalam, perjalanan dari JB-Melaka-Serdang telah menyebabkan kereta aku kelihatan sangat cool, kerana penuh dengan laluan air+debu+percikan lumpur di bahagian tayarnya. terima kasih banyak. kemudian, cantik je lepas aku habis mengelap, aku perasan, hari macam gelap, dan alhamdulillah, pagi ini, ALLAH memang nak sejukkan bumi Serdang, dengan menurunkan hujan dengan lebatnya! alhamdulillah...molek benar...tapi aku tak kisah, sebab memang selalu dah jadi.

Monday, June 13, 2011

2Cellos

Assalamu'alaykum,

lari sebentar dari topik2 kehidupan, nak bagi satu video yang memang WIN...giler arr...

main Cello je kot, untuk smooth criminal...baru tahu..hua hua..


Saturday, June 11, 2011

Final Piala FA- Malaysia

Assalamu'alaykum,

so, tadi baru je menonton perlawanan akhir piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Bukit Jalil, dan selepas ketinggalan 1-0 pada minit ke 80, Terengganu kembali menyamakan kedudukan pada minit ke90, dan memenangi perlawanan dengan gol di waktu tambahan.

dan sejujurnya, dah lama tak menyaksikan perlawanan bola sepak. kali terakhir? entahlah...dan kali ini, sangat2 teruja nak menonton juga....semangat tidak mahu mengalah, menjadi duri dalam daging kepada Kelantan. gol minit akhir, telah merentap semangat pemain Kelantan, ia kelihatan, walaupun tidak jelas, akan tetapi, di waktu tambahan, nyata skuad Terengganu menyerang dengan agresif, dan Kelantan kurang menyengat, hanya lebih kurang 3 serangan di waktu tambahan tersebut.

alhamdulillah...berdebar2 hati..adeii...takmo dah tengok perlawanan bola...adeii..sakit jantung...

Wednesday, June 08, 2011

Bedah Buku: U-Turn Ke Jalan Lurus

Assalamu'alaykum,

so, hari ni (baca: sebenarnya dah beberapa hari) habis membaca salah satu lagi buku yang sangat menarik. buku ini sebenarnya di promote oleh salah seorang pakcik yang dikenali. dia menyatakan bahawa buku ini sangat menarik untuk dibaca dan dihayati. dan benarlah katanya, buku ini sangat menarik untuk dibaca, dan dihayati isinya.

Tuesday, May 31, 2011

nice and warm night

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, last night was a fabulous night for me, because at last, i can sleep nicely without any distraction from anyone..hehe...why? i don't know, pass few week, my sleep has been distract with some simple silly noise, and then i couldn't sleep for last 2-3 hours after that. so, this time, alhamdulillah, with heavy head, exhausted body, and tiring eyes, i can sleep with peace...hua hua..

Sunday, May 29, 2011

Jalan-jalan dengan family: Bazar JB

Assalamu'alaykum,

entry kali ini cuma berbual-bual kosong, nak add-upp sedikit aktiviti keluarga, bukan yang minggu ini, tapi minggu sudah. selain itu, nak kongsi satu tempat menarik di Johor Bahru, dipanggil Bazar JB.

afifah yang keletihan tidur sambil memegang pemegang pintu

Saturday, May 28, 2011

Bedah Buku: Transformasi Ramadan


Assalamu’alaykum,
muka depan buku Transformasi Ramadhan
 Usai sekali lagi menghabiskan satu lagi buku  yang menarik, iaitu buku Transformasi Ramadan, karya Ustaz Hasrizal (baca: lagi? Takde penulis lain ke?). buku ini sangat menarik, dan saya telah memilih untuk membacanya sebelum ramadhan menjelma, atau berdekatan dengan ramadhan, agar hati, akal dan fizikal dapat bersedia lebih awal, agar ramadhan tahun ini, menjadi lebih baik dari tahun lepas lagi. 

Friday, May 27, 2011

kumpulan Al-Mawlid

Assalamu'alaykum,

last night, masa tengah melepak2kan diri, ternampak satu video klip ni kat wall facebook....Amer Munawer kembali lagi, dan kali ini, bersama rakan2 artisnya dulu...bekas ahli kumpulan RUffedge, VE dan Innnuendo...wow, i never thought of this to come...but hidayah ALLAH, diberikan pada siapa yang DIA kehendaki, kan? anyway, ini video klip tersebut, gabungan ahli2 tersebut telah membentuk kumpulan al-Mawlid, macam panggilan kepada ayah je..hehe....

Thursday, May 26, 2011

ITEX 2011 at KLCC

Assalamu'alaykum,

so, today i just want to share my happening friday, last friday, 20 Mei 2011. so, bermula dengan paginya, penulis perlu ke bengkel yang dianjurkan oleh pihak PUtra Sarjana, awal pagi dah bertolak ke dewan, dan selesai bengkel, berlari2 anak pulang ke rumah sewa, dan meminta jasa baik rakan serumah, saudara Awang untuk hantar ke LRT Sungai Besi.

bergambar dengan poster yang memenangi Gold Medal!!

banyak cerita

Assalamu'alaykum,

nampaknya, tidak berkesempatan untuk update blog minggu ini. sebenarnya, ada perkara yang ingin dikongsi bersama, namun tahap migrain kepala yang sedang melanda kulit kepala, menyukarkan usaha mengupdate. gambar pun tidak sempat diedit untuk tatapan.

Saturday, May 21, 2011

Minggu sibuk ke ni? aisehhh~~


Assalamualaykum,

Minggu ini (16-20 mei 2011) merupakan antara minggu yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Walaupun pada hari selasa adalah hari cuti Wesak, namun, ia tetap disibukkan dengan pelbagai lagi perkara.

Bedah Buku: Online dengan Tuhan


Assalamu’alaykum,

Sebenarnya buku ini telah lama dulu dihadam, namun belum sempat untuk membuat sebarang “pembedahan” untuk menerangkan mengenai isi dalam buku tersebut. Dan disebabkan idea untuk menulis bedah buku tengah melimpah ruah, maka buku ini telah diambil kembali, diselak semula untuk dibuat “pembedahan” semula.

Thursday, May 19, 2011

Bedah Buku: ISK - satu pendekatan menarik

Assalamu'alaykum,

baru semalam menghabiskan buku Ini Sejarah Kita (baca: ISK), yang menjadi pujaan beberapa orang teman satu ketika dulu. satu modul pembangun diri yang berdasarkan sirah/sejarah umat ISLAM terdahulu. dengan susur galur secara ringkas mengenai permulaan ISLAM, kebangkitan ISLAM, dan perluasan ISLAM ke hampir seluruh muka bumi ALLAH ini...

Restoran Angah D&C - Bandar Baru Uda

Assalamu'alaykum,

so, today, i just want to share a restaurant near JB city, at Bandar Baru Uda. for those live around this area, maybe still don't know about this place..

Tuesday, May 17, 2011

Gamarjobat the movie???

Assalamu'alaykum,

lately, i've been obsess with gamarjobat silent comedy, that has been one of the theme for maharaja lawak's week 7. anyway, here are short film made by them...hehe...so, enjoy the vid...

Thursday, May 12, 2011

struggling to stay put~

Assalamu'alaykum,

its been two day, for Spatial and Numerical Modelling Lab (baca: SNML)'s Qolloqium. and today, my body won't cooperate to stay put. and my eyes too...its struggling, and actually, i cannot hear anymore presentation. i need to lay down, and sleep...

Wednesday, May 11, 2011

aktiviti seminggu

Assalamu'alaykum,

wahhhhh...agak lama tidak mengemaskini (baca; update) blog ini. sebab apa ye? sebab banyak sangat aktiviti yang perlu dilaksanakan. wah wah...hebat bukan? sampai tidak berkesempatan kemaskini langsung. walaupun idea mencurah2. akan tetapi, apa guna idea berlambak, mencurah2 andai kata tidak dapat di"realisasi"kan dalam bentuk yang lebih molek? seperti penulisan atau presentation?

Wednesday, April 27, 2011

Habis sudah final Exam

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, selamat sudah memeriksaan diri sendiri (baca: peperiksaan) di semester pertama di UPM ini. terlalu banyak onak dan ranjau bergelumang kembali dengan journal, buku dan tidak dilupakan, powerpoint subjek yang diambil.

Exam lagi: pengajaran dari sebelumnya

Assalamu'alaykum,

jika hari isnin yang lepas, peperiksaan akhirnya dijawab tidak penuh, kerana halangan yang pelbagai (baca: aku kena migrain rupanya), insyaALLAh peperiksaan petang ini, akan ku jawab dengan penuh dedikasi. kali ini persediaan (baca: siap sungguh) peperiksaan lebih mantap. dengan nota kaki tambahan, hafalan yang bertambahan, dan juga ada peta minda, ringkasan kepada keseluruhan subjek. menarik sungguh, setelah lama tidak dibuat.

Tuesday, April 26, 2011

minggu peperiksaan

Assalamu'alaykum,

minggu peperiksaan telah bermula semalam (25 April 2011) di bumi serdang al-selangoriyyah ini. dengan tekanan yang agak tinggi pada penulis kali ini, kerana agak lama telah meninggalkan bidang hafal-menghafal, dan juga bidang keindahan pelajaran undergrad.

Gamarjobat~ fabulous miming team from Japan~

Assalamu'alaykum,

maybe some of you already know this group, who perform miming in out-of-box type miming. and totaly awesome~~~

i got it from one of the forum i join....hua hua...so, lets try and look this...and at the same time, i'm going to study lah...ayooo....

so, here the video, have fun~~

Friday, April 22, 2011

peristiwa yang menyentuh hati

Assalamu'alaykum,

semalam (20 April 2011), penulis telah melalui satu pengalaman yang sangat menyentuh hati, dan mampu menyedarkan kembali apa yang berlaku di sekeliling masyarakat Malaysia.

Saturday, April 16, 2011

Bedah Buku: Dalam Mihrab Cinta


Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, ketika entry ini ditulis, penulis sedang dalam perjalanan pulang ke bumi Johor Bahru. Sementara menunggu mata mengantok, penulis ingin berkongsi mengenai satu lagi buku yang telah dibaca dalam masa yang sangat singkat, selama 1 hari sahaja. Sebab apa? Mmm...mungkin sebab ianya adalah novel, dan juga ia perlu cepat dibaca untuk mengelakkan pertembungan emosi yang terlalu mendalam dalam menghayati novel ini..

Friday, April 15, 2011

Bedah Buku: Secangkir Teh, Pengubat Letih


Assalamu'alaykum,

minggu sudah, penulis berjaya menghabiskan buku Ustaz Hasrizal: Murabbi Cinta yang banyak menyentuh mengenai perhubungan antara ibubapa dan anak-anak, serta kaedah dan cara yang boleh dipraktikkan dalam mendidik dan melahirkan insan yang soleh, insyaALLAH.

Thursday, April 14, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah - bedah film (2)

Assalamu'alaykum,

jadi, dalam filem yang sangat menarik ini (baca: betul sangat menarik), yang ditelah ditonton oleh penulis sebanyak 4 kali, atas pelbagai alasan yang berbeza. kali pertama, cuma ingin bersantai-santai menikmati filem Malaysia, melihat kemajuan pemikiran. keduanya, selepas membaca komen2 membina, cuba mencari apa yang cuba ditonjolkan, dan "tazkirah" yang cuba disampaikan.

Wednesday, April 13, 2011

Keperluan penguasaan asas bahasa arab

Assalamu'alaykum,

sejak dua menjak ni, kedengaran kembali penggunaan pelbagai istilah bahasa arab dalam kehidupan seharian. dan semuanya menunjukkan bahawa terdapat minat yang mendalam dalam memahami bahasa Al-Quran ini. satu perkembangan yang sangat baik dalam meningkatkan tahap multi-language (baca: mulut pelbagai bahasa) dalam kehidupan seharian.

budak kecik dua orang

Assalamu'alaykum,

entry ini sengaja dipendekkan, just untuk post gambar my lovely daughters yang comey, pada hari saya berangkat ke serdang semula..huhu~

Afifah dan Amni sebelum meninggalkan abi pergi ke Batu Pahat

Tuesday, April 12, 2011

Bedah buku: Rumusan "Murabbi Cinta" - saifulislam.com

Assalamu'alaykum,

so, malam semalam, baru je habiskan pembacaan (baca: membaca) buku karya ustaz Hasrizal, atau lebih dikenali dengan abu saif, ustaz saifulislam.com. karya berkenaan CHENTA (baca: lebih kepada saluran yang benar), telah memasuki buku yang ketiga selepas AKU TERIMA NIKAHNYA dan BERCINTA HINGGA KE SYURGA. kredit to bukuonline2u.com kerana promosi berterusan yang berjaya melelehkan air liuq otak (baca: akibat ketagihan membaca), hingga proses penahanan berjaya disempurnakan dengan pembelian pada 2 minggu yang lalu, dan telah diterima hari sabtunya.

Friday, April 08, 2011

berita bercampur baur - penggunaan tatabahasa

Assalamu'alaykum,

petang semalam, dapat berita dari bonda terchenta, berita yang bercampur baur emosinya. tapi bukan itu yang nak diceritakan pagi jumaat nan indah ini...

Wednesday, April 06, 2011

"Bateri keretaku diganti baru" sequel "Bateri keretaku habis??"

Bateri GP Atlas yang baru diganti. bateri kering.
Assalamu'alaykum,

hari ini terasa sangat betapa ukhuwwah itu memang sepatutnya juga menjadi teras tarbiyah...kenapa ye? owh, hari ini, ALLAH telah menurunkan (baca: memberikan) ujian kepada hambaNYA yang seorang ini. bak kata pak usin dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah: "begitulah flash back saya"

Bateri kereta ku habis??

Assalamu'alaykum,

pagi nan indah ini, aku bangun awal, lalu cuba bersedia untuk ke lab seawal mungkin. bangun pagi awal, dan seterusnya, bersiap2 pun awal. cuma, bila nak start kereta, eh, sebelum tu lagi, sewaktu nak buka alarm kereta, tiba2 alarm langsung tak berbunyi...dalam hati.."sudah....musti bateri ni"...

sebab kereta ditinggalkan 4 hari tanpa kehidupan (tak dihidupkan enjin), lantas, mungkin itu yang membawa kepada kematian cas batteri (baca: kot). adoila...dan setakat entry ini ditulis, masalah ini masih belum selesai lagi. tengah mencari orang untuk membantu. rasanya batt memang dah habis sungguh (baca: kong giler), jadi, ada kemungkinan kena beli bateri baru. hopefully bukan alternator yang rosak..hehe..sebab last time, masih berfungsi dengan baik lagi...

hua hua hua...

Sunday, April 03, 2011

Bersalam-salaman

Assalamu'alaykum,

ini lagi satu cerita (baca: tazkirah ringkas je)

-----
azan maghrib masih belum lagi dibang (baca: dikumandangkan), namun, beberapa jemaah telah pun memenuhi surau itu. beberapa orang duduk dan bersembang di bahagian belakang surau, ada yang sedang membaca Al-Quran, ada yang masih berwudhu', sementara menunggu azan dikumandangkan. 

Saturday, April 02, 2011

"sebarkanlah salam"


Assalamu'alaykum,

cerita ini merupakan iktibar pada diri sendiri...

suasana surau di taman itu kelihatan hening. baru sebentar tadi jemaah yang selesai menunaikan solat isya', telah berpusu-pusu pulang. kelihatan dua-tiga orang jemaah yang sudah berumur berbual2 di luar kawasan surau, membincangkan rangka ceramah akan datang barangkali.

Friday, April 01, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah - bedah film (1)

Assalamu'alaykum,

sepertimana yang kita tahu, filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" telah berjaya menawan hati ramai penggemar filem (baca: dan bukan penggemar filem) melayu sebelum ini, atas jalan cerita yang mudah, ditambah dengan komedi yang tidak berlebihan (baca: berbanding filem Zomba, eh silap, Zombie Kampung Pisang).

Thursday, March 31, 2011

pembahagian zakat

Assalamua'alaykum,

minggu lalu, berbual2 dengan mak mertua, dan dia telah bercerita tentang satu ceramah yang dia dengar minggu itu, iaitu berkenaan pembahagian zakat. dia sebut, Ustaz yang berceramah itu, mempertikaikan kaedah pembahagian zakat yang dibuat ketika ini, kerana sepatutnya ia diberikan kepada golongan2 miskin secara terus. akan tetapi, apa yang pusat pungutan zakat laksanakan (baca: tidak semuanya ye) adalah memjana kewangan (baca: pelaburan) daripada wang zakat, sebelum diberikan kepada fakir dan miskin.

Wednesday, March 30, 2011

Spammers

Assalamu'alaykum,

spam di facebook~
akhir2 ini, banyak kes spam dalam facebook. ianya bermula dengan email lagi, ketika email dipapar untuk tujuan akademik dan networking, tiba2, email diterima (baca: tidak dijemput) entah dari siapa, dan dari mana. dan bertujuan untuk mengumpulkan banyak perkara.

Tuesday, March 29, 2011

sayang, jom joging~ (baca: bersenam)

Assalamu'alaykum,

"sayang, jom joging" kata seorang pemuda kepada isterinya. petang itu kesibukan biasa pasangan tersebut tidak seperti biasa. kali ini, masa mereka lebih lengang. dan pemuda tersebut mengharapkan agar masa ini dapat digunakan untuk menambah tenaga dan ikatan suami isteri, dengan beriadhah bersama-sama.

kembali (pulang) ke Serdang

Assalamu'alaykum,

akhirnya, selepas seminggu tinggal di Johor Bahru, menguruskan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, akhirnya, semalam (isnin), penulis bertolak pulang (baca: balik) ke Serdang berseorangan (baca: sekali lagi). dan kali ini, perjalanan bermula awal pagi, selepas solat subuh, jam 7 pagi bergerak dari Senai.

Sunday, March 27, 2011

family day out~

Assalamu'alaykum,

hari sabtu yang lepas, penulis dapat berjalan2 bersama family di KL. selepas lebih 2 bulan tidak pergi ke mana2 kenduri kawen, akhirnya, diberikan kesempatan.
Terowong dari Suria KLCC ke Aquaria

Friday, March 18, 2011

video menarik: seluruh mahabbah

Assalamu'alaykum,

sebenarnya, nasyid a.k.a R&B nasyid ini telah lama keluar, dan pernah dengar, namun, entah kenapa, malam ni hati terbuka untuk dengar berulang2 kali..mungkin kerana akhir2 ni, dengar lagu R&B je kot...lagu dari Boys2men, dan VE jadi peneman dalam bas ulang-alik jb-kl. jadi, bile dengar nasyid ni, terasa lebih menusuk kalbu kot..wallahu'alam..ni semua kuasa ALLAH. DIA nak beri petunjuk, melalui pelbagai cara, samada kita nak ambil peluang itu atau tidak...kan?

aktiviti di Badar

Assalamu'alaykum,

hari selasa lalu, selepas pulang dari JB ke rumah sewa, terpandang beberapa objek yang sangat menarik perhatian..bagi sesetengah orang, ia merupakan magnet untuk melekatkan kertas di papan putih...akan tetapi, dengan idea yang ALLAh bekalkan, dengan tangan yang gatal, maka beberapa lukisan telah berjaya dilukis...actually, baru 4 je..hehe...so, here it is;

Wednesday, March 16, 2011

meraikan family

Assalamu'alaykum,
anip dan anap yang sampai lambat

Hari minggu yang lepas, berjaya mengumpulkan family untuk makan bersama. lama rasanya tidak makan bersama family yang "lebih besar sedikit", lebih2 lagi dengan mak, dan adik2 lelaki ni. dieorang yang sangat sibuk, seorang sebagai Doktor, dan seorang lagi, masih lagi sebagai penganggur berjaya, dan insyaALLAH bulan 4 ini akan mula bekerja semula..alhamdulillah, setelah 2 bulan risau mengenai masa depannya....

menjaga kesihatan yang diabaikan

Assalamu'alaykum,

bilik Dr yang comey
kesihatan satu istilah yang sedikit menakutkan bagi sesetengah orang, lagi2 kalau tahap kesihatan mereka adalah kurang daripada yang sepatutnya...jadi, mereka agak takut untuk menghadapi "permasalahan" (baca: penyakit) mereka sendiri...

walaupun kita menjaga kesihatan diri kita, dari luar dan dalam, akan tetapi, jangan lupa untuk menjaga kesihatan seisi keluarga juga...kenapa? kerana mereka juga perlukan penjagaan, walaupun semuanya sudah besar panjang (baca: dewasa, akil baligh), kerana sebagai manusia, ada saat dan ketika, kita akan disibukkan dengan pelbagai perkara, samada berkaitan kerja (baca: overtime, dekat dateline), belajar, atau mungkin dengan masalah2 lain.

Wednesday, March 09, 2011

pulang dari melihat adik yang accident

Assalamu'alaykum,

baru selamat tiba di rumah, selepas sepetang di Nilai, melihat keadaan adik yang accident minggu lepas, alhamdulillah, takde kecederaan yang teruk, cuma trauma+muntah2 tiga hari, takde patah. cuma terkehel siku sikit je. dah ok dah..kereta je agak teruk..kereta Iswara WCU5081, kereta pusaka, first yang dibeli cash pada thaun 1992...antara kereta yang awal, tahan lasak, 1.5..auto..

ni gambar selepas accident, sebelum ditarik ke bengkel. agak teruk, langgar divider, sebelah kanan. upper arm, lower arm perlu ditukar..

tayar kalau dilihat secara dekat, kelihatan "terkebelakang sedikit", lari dari kedudukan asal. memang selepas accident, kereta perlu ditarik oleh tow truck, dan tayar hampir pecah. perlu ditukar baru. wallahu'alam...sesungguhnya atas setiap kejadian, pasti ada hikmahnya....

anyway, alhamdulillah, kereta telah selamat masuk bengkel, dan dikeluarkan, cuma tadi dihantar untuk membetulkan alignment, rupanya steering rad bocor, dan perlu ditukar, agak mahal juga untuk iswara. tak tahu nak kata apa dah tadi, terkedu sekejap, cuba tawar menawar, tapi mungkin sebab tak pandai cakap bahasa cina, jadi tak dapat lebih murah...

apapun, semoga adik tetap tabah, dan insyaALLAH banyak hikmahnya..dapat lihat, siapa yang akan bantu ketika kesusahan...family? atau rakan2? atau????

wallahu'alam...mengharapkan yang berfikrah membantu, tapi tak pasti, ada ke tidak...


pulang dan pergi

Assalamu'alaykum,

sejak menyambung pengajian di peringkat PhD ini, hampir setiap minggu pulang ke JB, untuk bertemu keluarga, isteri dan anak2. bukan tidak pernah berjauhan, seminggu selalu ditinggalkan, namun, kali ini, walaupun berjauhan, tapi hati tetap dekat...lagi2 dengan kemudahakn video call...hampir setiap hari bervideo call dengan ummi, afifah dan amni...walaupun kadang2 macam bercakap sorang2, but its ok. at least, dapat tengok live video mereka dah ok...

Tuesday, March 01, 2011

musibah, dan kesyukuran

Assalamu'alaykum,

hari ini dan minggu ini, serta minggu lepas, adalah minggu yang sedikit menyesakkan kepala..dengan ujian dari ALLAH, melalui orang lain...kita yang tumpang sedih dan gembira, tumpang serabutkan kepala..lantas, dalam keserabutan kepala pagi tadi, salah seorang kawan post video ni dalam Facebook. dan masyaALLAH, sangat2 terkena pada batang hidung sendiri....

harap kita dapat pengajaran darinya...sekiranya ditimpa musibah, katakanlah, cukuplah ALLAH bagiku, dan aku berserah urusan ini kepadaNYA....

*zakri: yang sering terlupa untuk bersyukur...selepas terlepas dari musibah yang menimpa...

Tuesday, February 22, 2011

perjalanan pergi dan pulang

Assalamu'alaykum,

sudah hampir 2 bulan berada di bumi serdang, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih sedikit tinggi, untuk memperoleh pengalaman, pengetahuan, ilmu dan amal dalam bidang yang diceburi....

dan 2 bulan sudah, setiap minggu berulang alik ke bumi JB, untuk bertemu family terchenta...walaupun penat, walaupun letih, mencengkam jiwa, namun, digagahi untuk keluarga tercinta...

itu baru berkisar dengan perjalanan pergi-balik. ada lagi kisah untuk yang lain-lain.

Thursday, February 17, 2011

Thursday, February 10, 2011

SMS Halal JAKIM

Jom buang sampah merata2

Assalamu'alaykum,

pagi2 lagi, dapat link ke video tentang pembuangan sampah. a skeptical act, semua orang bicara tentang bumi makin tua, teghuq, macam2 lagi.so, enjoy this video..and start from now...

dalam kereta, pastikan ada plastik sampah, supaya tidak membuang sampah keluar kereta. daripada buka buka tingkap, baik buang dalam plastik. orait...anyway, enjoy the video...lalala


Wednesday, January 26, 2011

kadar ketinggian hormon?

Assalamu'alaykum,

adoila...walaupun baru 2-3 minggu dalam kesibukan lab, namun, terlalu banyak yang perlu dikejar, dan dipelajari...

anyway, sebenarnya dah beberapa kali nak post dalam blog, akan tetapi, idea tiba2 kering+teringatkan kerja yang berlambak2, jadi terputus selera nak menaip.....

so, walaupun dah berpindah ke serdang, namun masih banyak perkara nak dibuat, dan masih banyak perkara yang nak dikejar. dan tak sangka, walupun jadi student phd, masih perlu buat assignment...ayooo....boring...

anyway, insyaALLAh ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini, samada kita nak mencari hikmahnya, atau sekadar nak mengikut tanpa hala tuju...

orait, agak kepenatan, asik berulang alik drive kereta jb-kl, berat juga badan lama2 ni...siapkan assignment~~~ yohohoho..

Thursday, January 13, 2011

Spatial and Numerical Modeling Lab 2

Assalamu'alaykum,

wah...today i've been given a place in SNML, and today is my first time sitting in this lab, so hopefully, it will generate some idea+semangat to start off and get into gear one, and then to move on..

thats all..

Tuesday, January 11, 2011

Jaulah ke Melaka

Assalamu'alaykum,

sebelum ini, selalu termimpi2 untuk berjaulah, menziarahi kota melaka, dan kali ini, secara ekslusifnya telah berjaya menyampaikan diri ke bumi Hang Tuah ini. lebih manis lagi, bersama-sama family kecilku ini. alhamdulillah...

Monday, January 03, 2011

berhijrah

Assalamu'alaykum,

dah lama tak update blog, bukan sahaja blog, facebook pun jarang2 update, padahal boleh je letakkan satu line; "saya update facebook", tapi tetap tak boleh....jadi keadaan dah jadi bertambah rancak, dengan pelbagai aktiviti yang perlu dilakukan seiring dengan perkembangan dan percambahan minda....

kali ini, apa yang perlu dilakukan adalah untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi, iaitu peringkat doktor falsafah. dan alhamdulillah, seminggu nan lalu, telah berjaya mendaftarkan diri di salah satu universiti tempatan (sahaja), setelah bertarung dengan pelbagai pihak untuk meneruskan pengajian, selepas tersangkut selama lebih dua tahun...alhamdulillah...

tiba di sini, terus bersama dengan saudara arizam yang baru menikah, last two weeks...dan kemudian, hari ini, berjalan sebentar bersama saudara aqib, makan tengahari sahaja. sebab kepenatan, tak larat lagi...perjanjian dengan pihak tuan rumah, untuk melihat2 rumah sekitar seri kembangan, pada petang ini, selepas waktu asar, lepas waktu kerja juga...

anyway, ikhwah sangat baik melayan, dan inilah dia keindahan dan kemanisan ukhuwwah yang terjalin kerana ALLAH, bukan kerana wang ringgit atau pangkat dan kedudukan....tak bersungt, dan mengharapkan yang terbaik buat rakan2 yang lain...

wallahu'alam...saja nak update sikit...perihal diri yang telah mula berchouti...hehe