Thursday, September 16, 2010

salah faham atas sambutan Hari Malaysia

Assalamu'alaykum,


tahun ini (hari ini terutamanya), rakyat Malaysia bercuti, sempena menyambut Hari Malaysia, yang ramai yang tersalah faham sebagai Hari 1Malaysia. jadi, entry kali ini, sengaja ditulis untuk penerangan ringkas mengenai Hari Malaysia.

sejarah telah tertulis, Kepulauan Tanah Melayu (Malay Archipelago) telah dijajah oleh 3 kuasa asing ratusan tahun nan lalu. Tanah Melayu telah dijajah oleh Portugis, Belanda, dan akhirnya Inggeris (bahasa orang dulu2), dan ketika itu, ada beberapa kumpulan negeri yang telah terwujud; 


(a) Koloni Diraja Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura (termasuk Pulau Krismas dan Pulau Kokos), Pulau Pinang dan Seberang Prai, Melaka dan Labuan. 


(b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 


(c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.


kemudian, ketika pra-kemerdekaan, rakan2 Tunku Abdul Rahman, telah berbincang, untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan. dan hasil usaha mereka, kemerdekaan terhasil, untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957). sambutan ini yang telah dibuat selama ini, sambutan kemerdekaan (Persekutuan Tanah Melayu)

jadi, kenapa dengan 16 September? pada tahun 1963, selepas perbincangan dengan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei, Malaysia telah terbentuk dengan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. dan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963.

jadi, Sabah dan Sarawak tidak pernah "masuk Malaysia", kerana Malaysia adalah gabungan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak. 

jadi? kenapa anti dengan Hari Malaysia? kita perlu hormati juga sambutan hari Malaysia, sepertimana sambutan Hari Merdeka. tapi sambutlah dengan sederhana, jangan melebih2 pula~ jadi, hari Malaysia juga perlu adanya kibaran Jalur Gemilang....

orait, harap info ini membantu, dan tidak disalah faham lagi, antara sambutan Hari Malaysia, dengan sambutan Hari 1Malaysia.

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...