Saturday, September 18, 2010

dah seminggu syawal?

Assalamu'alaykum,

syawal dah masuk hari ke sembilan nih,
cepat je masa berlalu,
macam semalam baru habis ramadhan,
nak buat macamana, memang itu lumrahnya..


ada yang mula mengeluh,
seluar makin ketat, 
tali pinggang bertambah lubang,
yang ada kolesterol dah fikir panjang,

itu yang fizikal, yang rohani?
hopefully, tilawah masih on,
solat fardhu masih on time,
yang sunat kurang2 sikit takpe

sebelum terlupa,
puasa 6 syawal dah mula?
kalau dah, alhamdulillah,
kalau belum, kuatkan azam, mulakanlah.. 

nanti dah tengah syawal, kelam kabut nak kejar,
kerja, cuti, rumah terbuka, trip raya lagi,
aiseh, nanti syaitan yang bersorak ria,
kita termangu2, tahun ni terlepas raya 6 lagi

doa2, amalan ramadhan mampu diteruskan,
menjadi bekalan, dan pedoman,
agar hati terus terang bersih,
dan tidak jadi kelam, dan hampeh

pada yang dah berjaya, alhamdulillah,
kuatnya hati, tabahnya iman,
tapi jangan dilupa rakan2,
kesian mereka, terkebil2 perlu bantuan....

semoga syawal bukan penyebab,
amalan kita "taasub ramadhan",
biarlah ia diteruskan,
istiqomah, berterusan hingga ke ramadhan....

No comments: