Saturday, August 14, 2010

sepi aku sendiri

Assalamu'alaykum,

mmm...tahun ini, tahun ketiga kami berpuasa sebagai suami-isteri. dan macam2 dah dilalui...

ramadhan pertama, dengan alahan kepada kandungan afifah,
ramadhan kedua, arwah ayah dipanggil ILAHI, meninggalkan kami,
ramadhan ketiga, ummi mengandungkan amni,
ramadhan keempat, abi pula kesibukan diawal ramadhan, ke Sabah dan Terengganu...



tapi, sebagai suami isteri, banyak yang dilalui,
tanpa disedari, kehadiran isteri melengkapkan suami,
bila biasanya isteri bersama, anak becok bercakap menjadi harian,
bila tiada, terasa sepi, walaupun rakan ada disebelah,
walaupun rakan itu becok,
tapi meriahnya tak sama....

mmm...belum dapat jumpa family lagi sejak balik dari Sabah,
kepenatan, flight 2 jam lebih pun dah penat,
mungkin sebab sahur jam 4 pagi, di Sabah,
nanti berbuka jam 7 petang, di Johor,
lebih satu jam berpuasa berbanding biasa...

tak dapat bayangkan rakan2 yang berpuasa lebih dari 14-15 jam,
dugaan besar tu...

apapun, dah 3 hari berlalu, belum seminggu pun lagi,
bagaimana ramadhan kita?
tarawikh kita?
tilawah kita?
solat sunat kita?
qiamullail kita?
dan lain2 checklist ramadhan?
semoga ALLAH berikan kekuatan untuk terus istiqomah dalam ramadhan kali ini...

INSYAALLAH....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...