Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan: hari ke tujuh

Assalamu'alaykum,

Alhamdulillah, ramadhan dah masuk hari ke 8, dah seminggu kita berpuasa, beribadah dengan bersungguh2, mengejar apa yang tidak mampu dibuat dihari-hari bulan selain bulan ramadhan...

dengan ibadah yang sederhana, akan mampu menyerlahkan lagi keimanan kita kepada ALLAH, dengan bersungguh-sungguh dalam kesederhanaan...






sederhana dalam berpuasa,
sederhana dalam berpakaian,
sederhana dalam berbuka, (ini yang ramai failed!!)
sederhana dalam solat fardhu, (sederhana tapi khusyu')
sederhana dalam tarawih, (tidak perlu terlalu laju, senak perut lepas berbuka)
sederhana dalam apa juga...

tapi, dalam kesederhanaan,
kita juga perlu membuat yang termampu sekali,
mengikut sunnah Ar-Rasul s.a.w,
bagaimana cara ar-Rasul berpuasa?
bagaimana cara ar-Rasul berbuka?
bagaimana cara ar-Rasul bertilawah?
dan semua ibadah yang lain...
kan cantik?


cantik itu indah, dan mempersona,


wallahu'alam...

1 comment:

hazwani sis said...

gambar amni bila nih?