Tuesday, July 13, 2010

Permulaan sesuatu

Assalamu'alaykum,

alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu untuk para pelajar IPT memulakan kembali rutin kehidupan yang sibuk, terkejar-kejar, bangun lambat, dan sebagainya. minggu ini, kuliah minggu pertama telah bermula, dan ramai yang telah pulang ke IPT sejak minggu lalu, namun, tetap ada yang baru sahaja pulang semalam (isnin) dengan memberikan pelbagai alasan yang biasa didengar. biasalah student, kreatif dalam mencipta alasan, sedangkan mereka terlupa, pensyarah mereka juga pernah menjadi student sebelum bertukar title.

anyway, ia merupakan permulaan kepada ramai orang. permulaan kepada student, dari kisah hidup yang membosankan, tidur tak tentu hala, dan sebagainya, kepada rutin yang sibuk, dan memerah otak dan keringat.

pada pensyarah, tidak kurang juga, ia merupakan permulaan untuk menguruskan masa yang sebelum ini digunakan untuk aktiviti penyelidikan, perundingan, digabungkan sekali dengan pengajaran kali ini...

para pentadbir pula, dari rutin yang "kurang bertemu pelajar", kepada rutin hampir setiap masa berselisih bahu dengan pelajar.

ia merupakan pertukaran kitaran rutin kehidupan. permulaan kepada sesuatu. jadi anda bagaimana? pastinya ada permulaan kepada sesuatu..kan?

2 comments:

Unknown said...

1..2..mula.

Unknown said...

3...4...

lari....

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...