Sunday, May 02, 2010

perubahan cara hidup, perkongsian~

Assalamu'alaykum,

bismillah~


agaknya, tajuk ni agak terlambat kot. sebab di era globalisasi dan pelbagai jenis teknologi ini, kisah ini baru dikeluarkan, sebab baru terperasan secara terang dari sudut yang berlainan...

era 1990an
satu dekad yang penuh dengan inovasi dan pencapaian yang menarik. ketika ini, internet baru diperkenalkan di negara Malaysia, dengan kelajuan yang digambarkan sebagai "kelajuan cahaya", dengan nada sinis mengutuk kelajuan internet di Malaysia ketika itu. cyber kafe menjadi "boom"!, dengan orang berduyun2 ke sana, membayar sekitar RM3.50 untuk sejam perkhidmatan....


dalam masa yang sama, era surat menyurat, bersama jilatan ke setem sebelum ditampal ke sampul surat, juga masih menjadi kaedah penyampaian yang menarik. surat berisi gambar terbaru, yang diambil dengan kamera filem juga adalah kemestian kepada ramai orang. dan satu lagi keadaan, "diari kesayangan" telah menjadi lunyai gara-gara ditenyeh oleh tangan hampir setiap hari. 



era 2000an
ketika ini, perhubungan mula terasa pantasnya. dengan LRT telah tersedia ketika ini, dan internet mula mencapai sedikit kelajuan yang "lebih sikit laju dari kelajuan cahaya". dan ketika ini, gaya hidup telah berubah lagi. kiriman gambar bersulam wangian tidak lagi menghiasi peti2 surat, dan diari semakin berhabuk di atas "gobok". 


ketika ini, muncullah era "bloggers", dengan diari maya menjadi pilihan. telah mula perkongsian hal-hal peribadi, hal kerja, dan pelbagai jenis fahaman dan idealisme cuba disampaikan. orang telah menghabiskan masa yang banyak untuk membaca blog-blog, membuat "lompatan ke blog blog", dan pelbagai lagi. laman web sosial "friendster" telah berkumandang, dan ramai yang telah bermula melihat, dan mencari rakan2 lama di rangkaian internet. 

era terkini 2010
laman web sosial facebook, menjadi satu "BOOM!!" dalam masyarakat. golongan muda terbaru yang tidak lagi mahu membaca blog yang panjang berjela, berubah gaya ke penulisan yang lebih pendek. bahasa SMS yang pendek, "dipendekkan" lagi. perkongsian diari maya "blog" tidak lagi menjadi ikutan. ramai yang telah mengikut gaya lebih "cepat dan pantas", melalui status facebook yang pelbagai. bahasa-bahasa campuran keluar dengan "jayanya"


"mn?"
"klcc"
antara ayat biasa didengari. dan blog-blog juga telah dihiasi dengan tulisan seperti ini. tulisan di blog2 pun telah semakin pendek. dan ramai lebih gemar ke fb. hinggakan dalam handphone juga disediakan aplikasi mobile fb. dan perkongsian adalah sesuatu yang mesti, hinggakan untuk ke tandas pun diberitakan kepada orang ramai.


era akan datang

era akan datang, tidak pasti lagi. mungkin akan terjadi sepertimana dalam cerita Wall-E, orang akan duduk atas kerusi yang bergerak dari satu tempat ke tempat lain. dan akhirnya, akan "bulat" seperti contoh itu juga!

wallahu'alam...

senyum, dan kapal selam akan muncul~

1 comment:

+akufobia+ said...

haha.best wall E.wow.