Monday, March 01, 2010

Jaulah meniti angin sepoi-sepoi BTN

Assalamu'alaykum,

akhirnya, selepas seminggu tamatnya BTN untuk kenegaraan ke luar negara, otak ini kembali rasional, ditambah dengan cuaca yang terik, dan menikam urat kepala, ia menambahkan lagi ke"bengong"an kepala ini. lantas, membantu penyakit migrain menyerang dengan lebih kerap lagi...



jaulah ke Penang, untuk kesekian kalinya, dan kali ini, dengan agenda yang lebih besar, untuk mengetahui, apa yang ada dalam BTN itu sendiri. dan modul ini, berlainan dengan modul untuk mahasiswa, serta berlainan sedikit dengan kumpulan SSM yang lain...ia lebih menyentuh aspek sejarah, dan apa sebenarnya yang terjadi ketika sebelum kemerdekaan, dan akhirnya, bagaimana kontrak sosial itu terjadi...


lalu, otakku berfikir panjang, benarkah ini yang kita mahukan? untuk menegakkan kembali kedaulatan raja2, dan umat melayu, disamping umat cina dan india, tidak lupa bumiputera yang lain? atau aku ingin melihat, akan keagungan ISLAM itu kembali tersebar...


2-3 hari aku masih terfikir, akan peri pentingnya untuk terus menegakkan kedaulatan negara ini, mengikut corak yang mereka canangkan...dan hatiku terpengaruh, lantas membuat andaian yang pelbagai...


otakku tidak rasional, ditambah keperitan panas yang membahang...menjadikan otakku, lebih tidak rasional, dan menerima bulat2 kenyataan dan sogokan dalam isu tersebut...


namun, tetap ada perkara yang aku sokong, seperti mengharamkan IFC (yang sememangnya haram, kerana tidak didaftarkan), IFC yang ingin menyama-ratakan semua agama di Malaysia ini. sebarang perkara, akan diuruskan oleh IFC dahulu, sebelum ulama' membuat keputusan...adakah itu yang kita mahu?


pastinya kita mahu, kerana penaja kepada IFC adalah siapa lagi kalau bukan pemilik Maxis dan Astro. dan kita terus menerus menyokong dengan membayar sewa bulanan astro sebanyak-banyaknya, dan menggores topup untuk mengisi kekosongan telinga kita..

lalu, apa yang aku dapat? 


aku pasti, aku telah berjaya di-brainwash-kan...kerana aku menyokong apa yang telah mereka laksanakan...namun, aku tetap yakin, tidak semua pemimpin itu teruk...pasti ada kebaikan mereka...cuma kita yang singkat, dan dangkal untuk melihat semua itu...lalu, perbincangan ilmiah yang lebih penting lagi....


semoga ALLAH me"natural"kan kembali otakku, dan fikiranku...agar aku tidak terjerumus dalam fitnah fikrah yang caca-merba ini...semoga kekuatan yang dipunyai oleh ALLAH, bisa dipinjamkan kepadaku, untuk aku rasional kembali...

insyaALLAH....

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...