Monday, March 22, 2010

Adab Pergaulan

Assalamu'alaykum,


i've got this email, about adab pergaulan, which has become common in our daily life...but the number 6, we can argue, but in the proper way, not just "tembak" with all your idea...bil hikmah..orait..



====================

1. Hendaklah menggembirakan saudara-saudara seagama sewaktu berjumpa
dengan mereka.

2. Setiap perjumpaan hendaklah didahului dengan ucapan salam.

3. Hendaklah bergaul dengan mesra.

4. Jika dalam majlis, hendaklah meluaskan tempat duduk dan jika tiada
tempat duduk, hendaklah berdiri secara tidak bersempit-sempitan.

5. Hendaklah diam sewaktu kawan sedang bercakap dan jangan terus
menyampuk sebaik-baik sahaja dia selesai bercakap.

6. Adalah kurang elok menentang pendapatnya.

7. Memperindahkan percakapan dalam bercerita.

8. Memanggil atau menyebut namanya dengan sebaik nama (sebutan yang
disukainya).

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Tiga perkara yang dapat memurnikan
kecintaan sahabatmu kepadamu iaitu memberi salam apabila bertemu,
melapangkan tempat duduk untuknya di majlis dan memanggilnya dengan nama
yang disukainya." (Riwayat Bukhari)

"Termasuk satu kesopanan bahawa seorang teman mendengar dengan sungguh
hati apabila saudaranya sedang bercakap dan termasuk adab perjalanan,
seorang teman turut berhenti bersama-sama saudaranya apabila tali kasut
saudaranya itu putus sewaktu berjalan."(Riwayat Anas)

Semoga menjadi panduan hidup kepada kita semua. Insya-Allah

1 comment:

Unknown said...

menggauli.

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...