Friday, December 04, 2009

Bedah Buku ~ Salahudin: Penakluk Jerusalem

Assalamu'alaykum,


Alhamdulillah, diberikan sedikit kesempatan untuk update komentar mengenai satu buku yang menarik, iaitu buku Novel Islami, Salahudin: Penakluk Jerusalem. 





Sinopsis;




Secara keseluruhannya, buku ini mengisahkan mengenai salah seorang Pahlawan, dan pendakwah Islam yang disegani, iaitu Salahudin Al-Ayubi. Bermula dengan kisah beliau dibesarkan di Kota Appelo, dididik dengan ilmu Agama Islam oleh ayahandanya, dan diberikan juga didikan ilmu peperangan oleh Ayah saudaranya. 


Kemudian, beliau diberikan amanah untuk menumpaskan Tentera Salib yang menyerang kota Mesir, dan berjaya menumpaskan Tentera Salib, dan seterusnya dilantik menjadi Panglima Perang, dan ayah saudaranya sebagai Perdana Menteri. 


kemudiannya, beliau diangkat menjadi Perdana Menteri, dan seterusnya menjadi Khalifah, selepas kemangkatan Khalifah Mesir. Pelantikannya adalah hasil syura menteri2 Khilafah Mesir ketika itu. 


Walaupun telah menjadi khalifah, namun beliau masih lagi merendah diri. dan cita-cita terbesar beliau adalah ingin membebaskan Jerusalem, ibu kota Palestin, yang telah dijajah oleh Tentera Salib 80 tahun sebelum itu.


Dengan taktik dan ilmu peperangan yang dimiliki, beliau menakluk kawasan2 sekitar Jerusalem, berdasarkan kaedah peperangan yang dilaksanakan oleh Baginda Ar-Rasul s.a.w, akhirnya membuahkan hasil, dan Jerusalem berjaya ditakluk.


Secara dasarnya, buku ini sangat sesuai untuk dibaca dan difahami, kerana maklumat penting, seperti tarikh, kisah semuanya dibentangkan secara "penceritaan" yang tidak membosankan, serta mudah untuk difahami dan diingati. Buku ini diharapkan dapat menjadi panduan dan motivasi kepada para pendakwah, agar bersatu-padu dalam menegakkan Islam, dan melaksanakan dengan perancangan yang rapi, dan mengikut kaedah dari Al-Quran dan As-Sunnah...

No comments:

Review Buku: Pemburu

 Assalamu'alaykum ok, bersambung dengan siri Hero pula, karya Hilal Asyraf untuk post kali ini. Jika sebelum ini, kita melihat buku kary...